Sunday, May 17, 2009

Hafiz Juara, Aril No-2..


Salam semua...
Hafiz Juara
...AF7 2009..
Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104).
Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu.
Sekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas..
Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik.
Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7.Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap.
Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa.
smaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri.

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.
Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini. Kedudukan undian sebelum konsert bermula

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5


P/S: No-2 pun kira oke le, dari no-5 tu, Chaiyoookkk Aril..AWOOKKKKKK.


9 comments:

  1. AF kali ni paling x best kan? x rasa nak tgok pun...

    ReplyDelete
  2. rasa cam puas hati je dgn result smlm kan

    ReplyDelete
  3. AF kali ini macam takde seri, peserta tak bertenaga, lagu final mcm ntah apa2 ntah..pengkritik pun mcm yang ado je kritik..adakala tak profesional langsung..siap bagitau i one of ur fan lagi..hampeh je..hehehe..jangan marah ye..

    ReplyDelete
  4. Showmanship Aril paling best antara semua finalist...

    ReplyDelete
  5. tudia ternganga hafiz uhuhu!

    ReplyDelete
  6. peminat awokkkkk katanyeeee... :P

    ReplyDelete
  7. antara mereka kena juga bertanding antara AF1 - AF7 ...kita tengok sapa yang menang pula

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com