Sekali 2 Pelajar Tersingkir!

5/03/2009 12:01:00 AM


Salam semua...
Aishah, Claudia Tersingkir

Claudia dan Aishah terpaksa meninggalkan Isma yang kini menjadi pelajar tunggal wanita di Akademi Fantasia 7 apabila mereka berdua diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah dalam Konsert Akademi Fantasia 7.
Sebelum itu, Claudia telah berpasangan dengan Akim dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang manakala Aishah beraksi menarik dengan teater Impak Maksima bersama Yazid. Bagaimanapun, Yazid dan Akim terselamat dan kekal untuk meneruskan perjuangan di Akademi Fantasia 7
.Selain itu, mereka juga diberikan tugasan bonus daripada teater Puteri Gunung Ledang menerusi lagu Dewa Perang dan What Time Is It daripada teater High School Ther Musical.
Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11

Dengan penyingkiran Claudia dan Aishah sebentar tadi ini bermakna, hanya tinggal empat pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia musim ke-7. Tetapi berlaku sedikit kekecohan selepas pengumuman pelajar tersingkir yang dibuat AC Mizal apabila Principal Tiara mengumumkan bahawa akan diadakan AFMASUK untuk pelajar yang tersingkir. Namun, perkembangan terkini berkenaan AFMASUK akan diberitahu kelak.



P/S:AFMASUK ARIL ke 32999...Undi jgn x Undi..Awookkkkkkkk


5 Comments

  1. hhuhu...nak cari bintang mee segera lagi nih

    ReplyDelete
  2. Jarang saya amik peduli pasal AF ni, cuma mlm td bila sedara mara dtg dan buka channel ni... maka terpaksalah saya nengok kejap, itu pun belum sempat tamat.

    ReplyDelete
  3. sy rasa awok tu akan masuk aliks

    ReplyDelete
  4. AFUNDI MAWI!! he he.. Hidup Kulai..

    bila Bukit Indah nak antar wakil AF ni ek.. deqnaz leh tu.. dia leh nyanyi lagi hey hey you you....!!

    ReplyDelete
  5. haha\dh agak dh.
    mesti akk akan undi aril.

    go go chaiyo2!
    selamat mengundi.
    =P

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com