Pelawak Param Meninggal Dunia

8/14/2009 01:10:00 PM


Salam semua...

Smlm kita di kejutkan dgn kematian Ustaz Asri dr kumpulan Rabbani, hrni skli lg di kejutkan pula dgn berita kematian pelakon vateron Param, pelakon pelawak terkenal satu masa dulu...

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon dan pelawak veteran, Param, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10 pagi ini akibat serangan jantung.

Mayat mendiang akan dibawa ke rumahnya di Jalan Rubi, Taman Setia, Gombak untuk penghormatan terakhir. - Utusan

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu. Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah P. Paramasivam. Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar. Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan. Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.


You Might Also Like

3 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.