Selamat Beramal...

8/05/2009 05:37:00 PM



Salam semua...

Menjelang saje maghrib hrni, maka bermula la dtgnya 15 Sya'aban, jd marilah kita sama2 menghayati detik 15 Sya'aban bersama.
Sedikit info yg dpt kita kongsi bersama....Selamat beramal..

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah atau Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).




P/S: Bila 15 Sya'aban dtg, maka tggl hanya 15 hr saja lg menjelang Ramadhan..cepat betul masa berlalu..


You Might Also Like

5 Orang Komen

  1. awl nye beli baju raye sis lin..
    takot abes stok ke??

    ReplyDelete
  2. raya jangan tak raya...eh pose belom lagik

    ReplyDelete
  3. adeh..baju mlayu terlupa nak p tempah la...

    ReplyDelete
  4. bagus info ni..

    mama dah abis ganti posa..nak kawankan precious jer nnt.. :)

    ReplyDelete
  5. thanks untuk info nie..
    sayangnyer i tengah kibar bendera jepun

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.