Breaking

Thursday, September 03, 2009

'Malaysia Satu' Juara???

Salam semua...

Yehawww hrni pg2 lg dh kemaruk berkebun sambil mnjahit manik baju, kekeke sbb tu le korang nmpk Lin pg2 dh merayap, bngun sahur terus tak tido,hehehehhe
Ok le, nak cite sikit pg ni, bg sapa2 yg mendngr HotFm mesti tau kan pertandingan mencipta lagu 1 Malaysia tu, byk penyertaan tp 10 yg di pilih terbaik, dlm 10 lagu tu, Lin jangkakan lagu ciptaan Alex dn lagu nyanyian Jac tu yg menang, tp tersasar jauh lak dek kerana pilihan di laman web Perdana Menteri kita ni, lagu Audi Mok yg menang, nyanyian Faizal Tahir..ee tak suke tak suke laaaaa...
Ermm layan je la info di bawah ni.
*sumber dr utusan online..

PUTRAJAYA 2 Sept. - Lagu Malaysia Satu yang digubah oleh Audi Mok diumumkan sebagai juara pencarian lagu 1Malaysia Kita. Lagu yang liriknya ditulis Nur Fatima dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir itu menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang pertandingan itu berlangsung sejak Ogos lalu.

Melalui pertandingan itu, pemenangnya membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 dan karya lagu tersebut akan menjalani penggambaran muzik video bagi diedarkan kepada media seluruh negara.

Undian telah diterima melalui laman web Perdana Menteri, 1Malaysia.com.my, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan borang pos yang disiarkan dalam media massa. Najib berkata, lagu Malaysia Satu boleh digunakan bersama lagu 1Malaysia yang telah dipilih oleh Kementerian Penerangan untuk dipersembahkan pada majlis-majlis rasmi kerajaan atau sambutan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.



P/S: Terkejut dgn isu penceraian Kris Dayanti dgn Anang, apa nak bt, dh takde jodoh kan...


6 comments:

  1. salam sis

    mmg terkejut pasal kes cerai kris dayanti dan anang tu...talak 3 lagi tu..huhuhu...maybe dh xde jodoh lah kot kan..

    ReplyDelete
  2. siti nordiana pun bercerai jugak.. ishhh2.. sian anak dia..

    ReplyDelete
  3. salam lin...

    itulah namanya pertandingan.. kita kena terima keputusannya walau payah nak terima...

    mudah-mudahan pertandingan itu sihat.. sebab ada kes-kes pertandingan yang memang dah set sapa akan menang...

    anyway..

    pagi tadi dengar radio sinar... lagu kris dayanti... "thank you good bye"..

    agak mendalam liriknya.. hanya mereka berdua yang tahu...

    :-)

    selamat berbuka buat lin & famili..

    ReplyDelete
  4. yezzaa.. my superman menang.. :)

    dlm kes kris dayanti kunun dia ada 'org baru'.dlm kes rossa suami dia ada 'org baru' sumber dari murai.com

    begitulah yer jadi org cantek/hensem,kaya dan terkenal.

    ReplyDelete
  5. kakkk tunjukk lerrr gambor jahit baju manikk tuhh..

    ReplyDelete
  6. tahniah faizal tahir...

    kris dayanti bercerai???

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..