Risiko Makan Banyak Di Musim Raya

Salam semua..
Mari renung2 kan ye info yg boleh kita kongsi bersama..*kredit dr utusan.online.

SIAPA mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah. Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen. Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia di dalam bekas air. Begitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal.

Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.Antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit." Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau. "Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan. "Sebaiknya buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum," .

Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A, C dan E. "Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi. "Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan. "Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrin dan masalah-masalah lain.




P/S: Jd kalo dh naik badan tu,jgn salahkan kerepek lak..hahahahaha..

4 comments:

  1. Owhhhhh...salah daku lahhhh!!!
    kek batik satu loyang lin!!!

    ReplyDelete
  2. bila baca article ni insaf rasanya..insaf kejap jer..tu kat dapur tu sedang masak untuk jamuan mlm ni..cmna nak elak dari makan nih??

    ReplyDelete
  3. ehehhehe seb baek ako x melantak sakan... ratah rendang je.. bole :p

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..