Gara2 Kemaruk Buah kedondong

11/23/2009 04:08:00 PM

Salam semua..

Selamat ptg, minum apa korang semua ptg ni? Lin ptg ni makan goreng pisang, konyang dh ni, tu yg tgh dok baca2 Metro ni, skli tertarik plk dgn artikel ni, mai le kita kongsi bersama ye, ala Lin tau ramai yg kt sana tu takde nye baca surat khabar ni,kan?hehehehe
So korang layannn yek..

Ibu kemaruk makan buah kedondong


ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.
Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.
Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.
Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Lagi berita selanjutnya di sini

You Might Also Like

1 Comments

  1. wow....berat cik auni sekarang :) ma'ai!!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com