Bila Telefon Bimbit Ku Hilang!!!!!


Salam semua...

Selamat pg yg ceria bt semua, moga hendaknya..ermmm rindunya Lin kt page ni kan? bersawang dan berhabuk,uhuk uhuk...tp biasa la, manusia tak lari dr masaalah kan, so dr bising mengadu, baik berdiam muhasabah kan diri, betul??
Akan tetapiii..semua org tak leh dok diam klu takde HP kan?? so kenapa, dan mengapa Lin sepi, sbb bad mood gara2 HP...hu hu hu...



Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri
telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap
telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya
telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana
telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat
telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri
telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah
hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....



P/S: Pernah kowang rasa cmne bila takde handphone?? haaa cmtu le Lin rasa..hu hu hu..

4 comments:

  1. terima kasih sis lin.. saya sedang melakukannya...

    ReplyDelete
  2. sy tak kisah sgt hp hilang sbb ho cap ayam aja tp sy kisah data & no dlm hp tu... uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  3. ermmm mcm2 jer la.. tapi betul tu.. jgn kasi chance org yg amik tepon tu..

    gambar kat entri ni mcm tepon kasawari ler.. he he

    ReplyDelete
  4. Untuk pengguna di Malaysia, boleh semak serial number atau Phone IMEI number di www.curi.my

    Anda akan mendapat jawapan jika produk itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.

    Anda juga boleh "blacklist" nombor imei phone atau nombor siri anda supaya sesiapa yang menjumpainya tidak boleh menjualnya tetapi boleh menghubungi anda.

    Ini adalah servis Percuma untuk rakyat Malaysia

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..