Makan Tanpa Had, Bayar Ikut Suka

Salam semua...

Kowang bayangkan le, makan seberapa banyak yg boleh, skli nak byr, ikut le suka, ada rm1 byr le rm1, ada rm5 byr le rm5, makan seberapa banyak yg boleh, tp klu dh mmg takde langsung duit, kowang byr le 10sen, tp leh terima ke? ermmm melampauu dh tu kan!!! eeeeee kowang ni, mentang2 ikut suke, ikut suki je la korang eh..amboii, bg peha nak betis lak...hurmmmm
Tp ikut ikhlas masing2 sbb sambil makan sambil la kowang menderma...
Apalagi...pi le serangggg, sambil beramal.....

Makan tanpa had, bayar ikut suka

KUALA LUMPUR: Restoran Rakyat 1 Malaysia menganjurkan promosi ‘Makan sesuka hati, bayar kira sendiri’ sebagai satu cara menggalakkan pelanggan menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik.
Promosi pada setiap Jumaat itu membolehkan pelanggan menikmati pelbagai makanan dan minuman di restoran berkenaan tanpa had dan membayar berapa yang mereka suka.
Restoran yang dimiliki Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) itu kini giat mengumpul derma untuk membantu golongan kurang bernasib di negara ini.
Presidennya, Datuk Rahim Baba berkata, tujuan program itu dilaksanakan bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik melalui skim bantuan baitulmal tanpa melalui prosedur yang merumitkan.
“Mereka cuma perlu datang ke sini, mendaftarkan nama sebagai penerima bantuan, tambahan pula skim ini terbuka kepada semua golongan yang berasakan diri mereka berhak menerimanya,” katanya ketika majlis penyerahan bantuan di sini, semalam

*Lagi kisah selanjutnya di sini.


3 comments:

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..