Hanya 20 batang???

Salam semua...

Adeii lepak ni baru je sampai rumah, td pg dok keluar gi Zoo bawak anak2 dgn kawan2 semua, so ni baru je sampai, mmg letih, nasib cuaca baik, redup tp panazz takde angin, bahanggg..
Sampai je td terus bukak Metro, Lin tertarik plk dgn berita ni, mmg bagus tp kalu boleh di kurangkan lagi 'batang' tu..hehehehhee..ishhhh mula le kowang fikir lain plk melencong otak tu yek...huahuahuahuahua....
Mai kita kongsi cite...
*sambil upload gambar Zoo dlm Picasa..

Hanya 20 batang


PUTRAJAYA: Selepas tertangguh selama enam tahun, Kementerian Kesihatan mengambil keputusan melaksanakan larangan penjualan kotak rokok mengandungi kurang daripada 20 batang yang berkuat kuasa 1 Jun tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata larangan itu sudah dipersetujui semua syarikat rokok yang diberi tempoh tujuh bulan sehingga 31 Mei tahun depan bagi menjual semua stok kotak rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang.
Beliau berkata, kementerian juga tidak akan melayan sebarang rayuan terhadap tindakan berkenaan dan akan menguatkuasakan larangan itu sepenuhnya membabitkan pengilangan dan penjualan kotak rokok kurang daripada 20 batang mulai 1 Jun tahun depan.
“Larangan pengilangan dan penjualan peket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang sebenarnya sudah diwartakan pada 23 September 2004 mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

*Lagi berita selanjutnya klik sini



No comments

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..