Al - Fatihah DYMM Sultan Iskandar

Salam semua...

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini

  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.



P/S: Semuga roh almarhun di cucuri rahmat olehNYA, dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...Amin
**berita selanjutnya akan menyusul nnti..

2 comments:

  1. al-fatihah.. semoga dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat rakyat johor....

    semoga almarhum dicucuri rahmatNya...alfatihah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..