Ibu Bakar Diri Kerana kedegilan Anak

1/10/2010 03:33:00 PM

Salam semua...

Harini agak terusik hati, sayu, hiba membaca kisah seorg ibu yg sanggup membakar dirinya kerana di sebabkan kedegilan anaknya tidak mahu ke sekolah...
Apa agaknya perasaan anaknya itu ye?
Wahai anak-anakku..Bukan ibu x sayang kalau ibu membebel, bukan ibu tak kasih kalau ibu marah tp kerana sayang dan kasihkan anak la ibu bising demi kebaikan kamu...

NIBONG TEBAL: “Emak menjerit suruh kakak keluar dari rumah nenek, tapi rumah nenek gelap sebab lampu ditutup dan saya tahu kakak berada di dalam rumah menyembunyikan diri.“Selepas itu, ibu menyimbah petrol ke badan dan menyalakan api dari lilin ke badannya. Saya segera menepis tangan ibu menyebabkan lilin jatuh ke tanah serta terpadam,” kata Mohd Shahrul Aidil Marzuki, 11, anak keempat Rosiana Rosli, 36, yang melecur teruk selepas cuba membakar diri sendiri di sini, semalam.Mohd Shahrul yang kebetulan tidur di rumah bapa saudaranya yang terletak bersebelahan rumah neneknya berkata, ibunya tidak puas hati dengan tindakannya, lalu meluru masuk ke rumah bapa saudaranya dan mengambil sebotol minyak petrol bersama api lilin.


Bagaimanapun, dia sempat menjerit ke arah bapa saudaranya mengunci pintu untuk menghalang ibunya menyalakan sekali lagi lilin di dapur, namun terlewat apabila ibunya berjaya menyalakan lilin sambil mengugut mahu membakar dia dan ayah jika mereka cuba menghampirinya.

“Kalau kakak tidak degil dan menyembunyikan diri ke rumah nenek, ibu pasti tak akan jadi macam ni,” katanya yang masih bersedih dengan kejadian yang menimpa ibunya.

**Lagi kisah selanjutnya di sini..


You Might Also Like

2 Comments

  1. kesian kan pada ibu ni sis..kadang2 terpikir,bukan senang nak didik anak..mungkin ade hikmah saya lambat dapat anak..solute sgt kpd sesiapa yg bergelar ibu..bukan senang nak besar,didik dan pastikan keselamatan n kejayaan ank2..

    ReplyDelete
  2. Sedeynye kes nih..tu lah,anak2 skang x reti nak hargai ibu bapa..bila dah ilang baru nak mnyesal,meratap..They are our most precious treasure..:)Xkan ada gantinya..tsk'

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com