Pemakaian perkabungan di Johor bukan paksaan

1/25/2010 05:21:00 PM


Salam semua..

Slurpp... sambil meneguk air sarsi ni, he he he..
Adeii cuaca panaz betul la kt JB ni, mgkin panaz nk hujan malam agknya, tp mmg terik betul le, klu nk jemur ikan kering, mau kering mering terus jdnya, so apalagi kan, klu dh panaz2 ni, dpt cendol semangkuk ke, ais kacang a.k.a ABC ke barang semangkuk, pergghh mau tak hengat donia..kan kan?
Ok le saje je mau kasi tempek muka kt sini sat, lama x bt publisiti utk diri sendiri,ha ha ha
Seperti semua maklum, Negeri Johor sedang berkabung selama 7hr bg semua rakyat Johor dn 40hr bg kaum kerabat2 dirajanya, so perlulah ada sikit kesedaran dn rasa hormat, bkn lama pun, cuma 7hr je, susah ke, Lin yg tidak bertudung pun, rasa bangga dn berbesar hati utk memakainya walaupun pemakaian dn berkabung ni secara 'sukarela'..
So korang fikir2 kan lah ye..

Pemakaian perkabungan di Johor bukan paksaan

JOHOR BAHRU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Sehubungan dengan itu beliau menafikan khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.
"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur paksaan."
"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.
Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

*Lagi cerita selanjutnya di sini


6 Comments

  1. eh lawa la,bile sis bertudung..terus kan lah sis..cun

    ReplyDelete
  2. takziah utk org johor.
    yg sebarkan citer paksaan tu
    mmg xder keje ...
    dlm tgh berduka ni, sempat lagi
    tabur fitnah .. damn!


    u look good


    >>____<<

    ReplyDelete
  3. smlm ada org citer, kat angsana plaza 3 org da kena saman RM300 sbb pakai tudung putih/songkok lilit putih tu... so, now im konpius..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam Sis Lin,

    Takziah wat semua johorian..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com