Tuesday, March 02, 2010

AirAsia buat tawaran menarik !


Salam semua..

Huahuahua..Promote! Promote! hahaha kerana ketandusan idea yg melampau, dan kesakitan mata dan anak tekak sebab dek lihat sana sini en3 makan jek kt blog itu owang, *sambil jeling itu owang, akhirnya belek punya belek, kuang kuang kuang Jom pi Coti-coti Malaysia yok !
Ye ye, Air Asia tgh dok bt promosi hebat dan menarik tu, harga serendah rm9 jek..akan tetapi, cuba kowang baca dgn teliti, ermmm punya le lamanya nk berangkat tu, bulan September 2010 hingga Februari 2011 wooo...mak aiii...tp bagus jgk tu, merancang perjalanan dr segi budget kewangan dr sekarang..kan kan kan...
Apalagi..jom klik2 yok..

KUALA LUMPUR 2 Mac – AirAsia kini menawarkan tiket sehala dari serendah RM9 ke kesemua rangkaiannya bersempena promosi “Jualan Hebat"nya.
Jualan bagi tempoh seminggu dari 3 Mac hingga 7 Mac itu adalah bagi tempoh perjalanan dari 25 September, 2010 hingga 13 Februari, 2011, melalui laman webnya www.airasia.com atau mobile.airasia.com, kata syarikat penerbangan itu di dalam satu kenyataan hari ini.
Para pengembara, katanya, boleh mendapatkan tambang murah dari serendah RM9 sehala ke Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu.
Bagi laluan antarabangsa, ia menawarkan tambang serendah RM29 bagi perjalanan sehala dengan laluan Australia seperti Gold Coast, Melbourne dan Perth boleh diperolehi dari serendah RM149.
Sebagai tambahan, tawaran lain termasuk RM131 bagi perjalanan ke Hong Kong dan RM699 ke London.
Syarikat penerbangan itu turut menawarkan secara serentak kempen secara online “Kegilaan Mac” di dalam tempoh tempahan yang sama antara 3 Mac hingga 7 Mac bagi para pengembara untuk menikmati perjalanan antara 23 Mac dan 31 Mei.

*Sumber dari Utusan.online





No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com