Thursday, March 04, 2010

Sabun Tahan Mengantuk ?


Salam semua..

Fewittt..makan apa tuh? dok mengipas ke tu? adeii panass kan? bahang luar dalam dh ni rasanya, sian tumbuh-tumbuhan, kolam-kolaman, sungai-sungaian, tangki-tangkian, hahaha melalut2 je la Lin ni, betul apa? cuaca panas kering camni, mmg semua nya 'Gersang' tau ! klu dpt air pun, x cukup 1 tangki mau jirus, panasnya tetap di rasa, huhuhu
Tp yg mmg terasa sangat2 bila panas camni, yg jahatnya mata, mulalah mengantuk, kuyu, layu, rasa poyo je kan muka ni, ishh lagi2 waktu nk drive amik anak sekolah, adeiii pegang stering tu mcm nmpak bantal je..huhuhu kan kan kan?  
Ermm tp td dok belek2 tenet terjumpa artikel ni, tgk tu, betul ke mujarab tu? rasa mcm pelik, tp mgkin jgk, ermmm mmg harus nk cari jgk le, mana tau kan sikit sebanyak boleh menghilangkan mengantuk, kan? haa apalagi yg bekerja tu, yg berkebun, yg berfacebook, yg berblog, dan sapa2 je le, jom mari kita cuba ini sabun..tp mana mau carik ek? ermm

** Info dari Aquarabiz


Kuasa Karbon Teraktif di dalam Sabun AQURA berkuasa menggetarkan sel darah 2000 kali seminit selepas dipakai. Rahsianya terletak pada formula terkini karbon teraktif yang halus diimport dari Eropah.
Sabun Karbon yang menakjubkan, membersih kulit secara lembut. Menghilangkan kegatalan dan bau dengan hanya satu mandian. Kelebihan ion negatif dengan sinar infra merah jauh memberi lebih kesegaran serta mengembalikan tenaga.

Ia berkuasa menghasilkan persekitaran yang diperkaya dengan ion negatif, menyerupai persekitaran air terjun dan sinaran inframerah yang memancar jauh, menyerupai cahaya mentari pagi. Maka, Aqura mampu menjadikan anda berasa segar dan tahan mengantuk selepas diguna. Karbon, bahan yang diguna sejak zaman purba, mempunyai banyak kegunaan termasuk menghilangkan bau, agen pencuci dan bahan anti kulat.

Ramai orang yang bermasalah kulit, rengsa dan masalah bau badan telah menemui penyelesaian dengan Aqura. Karbon mampun menyerap klorin dalam air, memberi anda rasa suci dan lembut.



5 comments:

  1. salam

    comel nama sabun tu. Aqura ..

    p/s - ermm bestnya lagu latar..

    ReplyDelete
  2. ada jumpa sabun ni dijual kat kedai jamu yg selalu saya langgan di sbn..jb pasti ada tu...

    ReplyDelete
  3. sabun tahan lain ada tak ..wa ka ka

    ReplyDelete
  4. tapikan nama dia pun sabun utk basuh muka.. bukan ke klu kita mengantuk jalan terakhir kita buat mmg basuh muka.. lepas dah basuh muka mmg mata akan segarkan... saya rasa tak logik sgtlah sabun ni...

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com