Achik Spin meninggal dunia !

4/17/2010 08:49:00 PM


Salam semua..

Terkini dan terkejut..
Innalilah'jiun..takziah bt keluarga Achik Spin..

"Achik Spin meninggal dunia petang tadi, arwah terlibat dalam kemalangan jalanraya."
Semuga arwah selamat di kebumikan...Al-Fatihah..

Achik Spin maut kemalangan ngeri

17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
Lagi cerita terkini selanjutnya di sini UtusanOnline



With Love

4 Comments

  1. al-fatihah untuk arwah..moga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

    ReplyDelete
  2. al fatihah...
    semoga ditempatkan kalangan org beriman

    ReplyDelete
  3. Salam sis Lin..
    lama tak dtg rmh kita ye, bz ke?

    sedih la kita kehilangan sorang lg artis yg masih muda, moga rohnya dicucuri rahmatNya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com