Thursday, April 22, 2010

Buah Tunjuk Langit.



Salam semua..

Ni en3 has untuk mak Lin, sebabnya dia col tanya mintak search tengokkan camne rupanya 'buah tunjuk langit', Pak Ngah Lin bgtau suruh mak makan, sbb khasiat dia byk dalam buah tu, so Lin pun tak pernah gak dengar dan tengok, jdnya search le..
Ooo gini rupanya, mula2 tu mcm pelik jek, patut le di panggil buah tunjuk langit, kowang tgk tu, buahnya tu mmg tegak tunjuk langit, ptut le khasiat banyak, rupanya kuat berdiri, tegak lagi tegang batang pokoknya..haaaippp kowang ni dah mula le otak kuning eh..betul le tu, kita ambil kira dari rupa dan gaya baru kita tau menilaikannya..hehehehehe..
Jom ar kita kongsi info khasiat dr Buah Tunjuk Langit ni..
Info di sini

KEISTIMEWAAN BUAH TUNJUK LANGIT.

Buah TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak 
kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat
semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia.
Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.
Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan
dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.


1.FLAVONOIDS
Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang
pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen
lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan:-
Fungsi-Fungsi Utama
- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

2.SAPONINS
Saponins di dalam buah TUNJUK LANGIT dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi
melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti
dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh
didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
- Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
- Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
- Melancarkan sistem saluran pernafasan
- Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
- Memperbaiki sistem peredaran darah
- Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan
- Mententeramkan fikiran dan otak
- Menghilangkan kelesuan minda
- Melambatkan proses penuaan
- Memperbaiki insomnia
- Menguatkan hati
3.BITTER ALKALOIDS
di dalam buah TUNJUK LANGIT adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah TUNJUK LANGIT
adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi
di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria
yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah
putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan
organisma-organisma yang tidak baik.


CARA MAKAN BUAH TUNJUK LANGIT
Cara yang biasa orang-orang dulu makan hanya dikunyah begitu sahaja,ambil sekeping buah tunjuk langit kunyah hingga l
umat dan terus ditelan,rasanya memang pahit tapi berbaloi dengan hasilnya. Kini anda tidak perlu lagi merebus air buat
tunjuk langit tersebut. Rasa air ni terlalu kelat & pahit. Kami sediakan untuk anda dalam bentuk kapsul, untuk memudahkan
anda makan.




P/S: Buah TUNJUK langit OK..jgn Buah TUNDUK kebawah..susahhh le nanti..opss ampun ibu2 bapak2..*gurau aje.


With Love

12 comments:

  1. 1st tyme dgr nm buah nie..hehe
    byk gak kgunaan dia..pasni leyh suh org cari nm buah nie..;)

    ReplyDelete
  2. oo pokok buah ni byk kat tepi2 jln taman perumahan KB..
    klu ujung minggu mesti ada sorang mamat tu dgn kwn dia, kutip buah ni, jolok2 dgn galah tgk.
    Dgr2 harga pun mahal buah ni.. tu ramai cari bleh buat duit.

    psst kak lin epp.. buah tunduk ke bawah pulak.. igt mlm jumaat ni heheehhe

    ReplyDelete
  3. ade jugak nama buah tunjuk langit erk..

    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. k.ita dah pernah jumpa buah ni, dan pernah rasa jugak. mmg pahit...teramat pahit!!! cuba pegang sikit dgn hujung jari, lepas tu cuba jilat jari tu...cukup utk menunjukkan tahap kepahitannya!!! emak k.ita makan sbg ubat kencing manis...

    ReplyDelete
  5. Perna dengar tp tak pernah tengok. Ada nilai komersial jugak rupanya pokok ni...

    ReplyDelete
  6. selalu dengar tapi tak taw ropenyer...memang tengok mula2...kuning otak jadinya

    ReplyDelete
  7. sis.....memang tak pernah tgk pon rupa buah tunjuk langit nie.... banyak ek hasiat dia....

    ReplyDelete
  8. kat mana leh dptkan buah nie..

    ReplyDelete
  9. Maaf tuan rumah . . . Tumpang lalu . . . .
    Saya ada buah tunjuk langit yang dah di bungkus dlm 25gm dan juga 50gm. Utk kapsul ada 40 biji dalam satu botol. Kalau teringin nak cuba email ler deen.carlos777@gmail.com.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  10. hah ape kebendenye buah tunduk kebawah tuu??

    ReplyDelete
  11. Beri Laluan
    Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

    ReplyDelete
  12. pkok ni ada depan umh,,, ramai org cina dok mai kutip,, depa tau kebaikan buah ni.. elok la pakat p cari buah ni.simpan n guna utk mncegah penyakit

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com