Pensel 8 hari dalam alat sulit.

4/22/2010 02:09:00 PM


Salam semua...

Terkejut baca Metro td, dah hilang akal agaknya budak2 sekarang ni tau, dah merogol satu hal, di sumbatnya pensel dalam kemaluan remaja pompuan tu, mmg budak tak masuk ajar betul tau, kesian la mak ayah awak tu, memalukan keluarga aje, di fahamkan si remaja perempuan tu tak sedar pensel dok tertanam selama 8 hari dalam alat sulitnya, hasil pemeriksaan didapati remaja pompuan tu mengandung sebulan..kesian dia..
Jom kita baca kisah nya..sumber dr MyMetro.

Pensel 8 hari dalam alat sulit

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.
Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.
“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.
“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.
Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.
“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.




P/S: Speechless...tak tahu nak cakap apa..huhuhuhu

With Love

8 Comments

  1. kejam..nila budak remaja zaman sekarang ni kurang didikan agama..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah....bdk pmpn tue x rasa skt ke ?ishhh mcm2 la skrg...

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..just follow ur blog..harap sudi membalas kunjungan ye...

    ReplyDelete
  4. anak-anak kena dikawal tak bole lepas bebas sgt kerana kalau dah terbiasa susah nak tegur nnt.

    ReplyDelete
  5. eiii geram tol baca...ada ke patut!!apa nak jadi ngn bdk2 zaman skrg..makin kurang ajar...huh!

    ReplyDelete
  6. hilang akal agaknya budak tu

    ReplyDelete
  7. gila betul..
    budak2 skrg nak sangat cepat 'tua'.. kesian..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com