Thursday, April 01, 2010

Rokok ada sel BABI ?


Salam semua..

Dok baca2 surat khabar Kosmo Online, skli terkejut dgn rencana pasal rokok ni, astaufirullah betul ke? ishh klu gitu camne tu, kena le buat sesuatu ni, sbbnya hubby Lin hisap rokok jgk tu..aduii kes berat ni...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraphkelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



P/S: Apakah selepas ini ada kesedaran kepada semua penghisap rokok? huhuhu renung2 kanlah, dan selamat beramal... ^_^

2 comments:

  1. En Mimpi: tu le,tp kajian di belanda dh mengesahkan,btw kebanyakan rokok semua import kan..ee ngeri lerrr

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com