Monday, August 09, 2010

10hb Ogos 2010 tarikh melihat anak bulan Ramadhan


Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah, kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.
Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
Turut menjadi lokasi Bukit Besar, Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
Lokasi lain adalah Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis) turut menjadi lokasi melihat anak bulan.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu.



P/S: Kowang dah bersedia? semuga semuanya berjalan lancar..aminnn.

With Love

No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com