Cuma rm6* SAHAJA..

8/27/2010 05:00:00 PM

Salam semua...

Ha murah kan? cuma rm6 je untuk perlindungan perjalanan berhari raya, tadi waktu Lin ke Jusco Pejabat Pos, bayar bil, Lin ternampak dan terbaca di papan kenyatan nya tu ada Insuran pelindungan raya dr Pos Malaysia juga MMA assurance, pastu staf kat pos tu terangkan lebih lanjut, lor terkejut jugak dgn bayarannya, klu individu cuma rm6 selama 15hari, tp klu amik Family Plan, kena byr rm20 alaaa apa aje la setakat rm20 klu di bandingkan dgn nyawa melayang,..kan?
Lin sekeluarga sebenarnya dah ada 3-4 insuran, tak tipu, betul tp ini sekadar tambahan dan berjaga2 aje, lagipun murah aje, so Lin amik Family Plan dan byr rm20 je td, terus dpt sijilnya..mudah kan?...
So kowang? cmne? kot2 nak jln jauh tu, check dulu insuran tu, hidup ke tak lagi, terutama rodtax kereta, jgn main redah je yek...:)
Keterangan lanjut, kowang rujuk di sini POS RAYA Insurance Malaysia


POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan.
Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini. 

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.


NoManfaatPelan Individu (RM)**Pelan Keluarga (RM)
1Kematian Kemalangan20,00020,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)
2Kehilangan Upaya Kekal20,00020,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)
3Kehilangan Dokumen (akibat ragut)100100 / Orang yang diinsuranskan (mak. 500)
4Pendapatan Hospital Harian (mak. 30 hari)3030
5Jumlah perlu dibayar620





P/S: Bende mcm ni bukan kita mntk nak jadi, tp bila dah terjadi? ermmm kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan..:)


With Love

You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.