Berakhirnya 30 Ramadhan 2010

9/15/2010 01:03:00 PM

Salam semua...

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Syawal pun menjelma, tidak kira tua muda kecil besar semua ternanti2kan kedatangan Syawal utk diraikan, baik yg miskin dan yg kaya semua membuat persiapan serba baru utk hari raya,kan?ermm...
Jap jap nak cakap sikit, 'Ada aku kisah?' haha owang dh bercerita kat blog pasal raya, sampai dah masuk raya ke-6 ni, tp Lin bru nak start bercerita nie..hahaha janji update kan..:p bwekkkk.
Macam thn2 lepas, tiap kali akhir puasa 30 Ramadhan, Lin adik beradik mesti berbuka kt uma Mak, so mmg hrtu meriah sngt2, masak bersama2, anak2 bermain bunga api lagi, gelak tawa, hilai riang gembira semua ada mlm tu..tp bila takbir berkumandang, sayu sedih dan pilu mengenangkan yg tiada, huhuhu "Abah, kalau Abah ada kan, lagi meriah"..huhuhuhu :( Dolly rindu kat Abah.. :(( ..


*Ketupat sudah sedia di rebus, cuma rendang, kari, sayur dan sambal aja, Mak masak subuh hari.. :)


*Lihat2...suka nengok anak2 yg tak sabar nak menanti mkn berbuka puasa yg terkahir utk Ramadhan kali ni.. 


*Kelihatan Madrasah Bulatan bercahaya pada malam tu, ni suasana di luar rumah betul2 depan rumah mak Lin, ketika ni Takbir berkumandang..
Alhamdulilah, semuga Ramadhan yg berlalu pergi memberi rahmat dan hidayah buat semua.
Insya'allah berjumpa lagi di ramadhan 2011 nnti.. :) Aminn..

Malam raya tu, dalam pkl 11.30pm Lin bertolak balik ke Sabak Bernam,Kuala Selangor pulang berhari raya ke rumah Ibu Mertua ku..perjalanan lancar cuma agak slow di beberapa tmpt saja, dlm pkl 4.30am pagi Lin selamat sampai ke kampung,sunyi sepi suasana, masing2 semua masih tido lagi, Lin anak beranak apalagi, terus tarik bantal, letak kepala tido tak sedar diri..hehehehe..
*Bersambung...




P/S: Huwaaa bru je 6 Syawal..berat badan arghhhhhhhhh...diet! diet! diet!..huhuhu


With Love

You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.