Doa menghadapi peperiksaan.

10/18/2010 11:53:00 AM

Salam semua...

Mesti ramai ibu-ibu, bapa-bapa, dan juga penjaga anak2 semua dok risau memikir pasal anak2 yg akan menduduki pepriksaan final exam kan? termasuk la Lin nie, kirakan minggu ni dan seterusnya adalah minggu ujian buat anak2 untuk menilai tahap kepintaran dan kecemerlangan masing2,..
Ada sekolah yg start hrni, ada yg minggu hadapan..kalau anak Lin,Naz akan start ujian bermula esok hingga la abs semua 23 kertas solan, mgkin 2hb Nov bru habis, Yana plk 2hb Nov baru start, Amat plk 26hb start uijian sekolah kebangsaan dan sebelah petangnya sekolah agama plk, adeiii dah ready ke mereka tu ek..ermmm
So kali ni Lin nak kongsi  petua dan doa untuk menghadapi peperiksaan...ye la kita hanya berusaha, tapi hanya DIA yg mengizinkannya..aminnn.


Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

*Bt anak2 Lin dan juga anak sekelian alam, 'Good Luck 4 Ur Final Exam'..:)



P/S:Mmg jd kebiasaan, anak2 yg nak periksa, mak2 yg excited...time tu nak periksa, time tu le nak beli alat tulis semua baru..huhuhuhu..adeiii



With Love

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. Terima kasih di atas petua ni. InsyaAllah akan diamalkan pd masa akan dtg.

    ReplyDelete
  2. Oktant: Sama2..mana yg dpt,kita kongsi bersama.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam. pertama kali singgah kita ni..
    mtk izin dr awk utk post ni ye utk anak kita.. tahniah ye awk krn brkongsi..
    moga 'ganjaran terbaik' mengiiringi awk sekeluarga, Amin.

    ReplyDelete
  5. Ohoeya: salam..sama2..kita berkongsi sekadar yg ada..moga dpt di peraktikkn..sama2 la..insya'allah..aminnn

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.