'Hantu' pakai telefon bimbit?

10/25/2010 03:03:00 PM

Salam semua...

Whooaaaa takutnyaaa...fakta ke atau auta ni? ermm tapi memang fakta, sahih dan benarnya kenyataan tu, korang dah baca? aduh korang takut tak? ye la tup-tup bunyi telefon pastu takde suara kedengaran cuma bunyi aneh je yang di dengar, haaa camne? pastu nampak pulak gambar ala-ala hantu kelembai ke, kuntilanak ke, pontianak ke, korang tak takut ke?..
Kalau Lin la yang terkena, memang tercampak le telefon tu, tak kira la telefon mahal ke murah ke, memang panik dan takut di buatnya, huhuhu amboiiiiiiii cakap besar ye korang, sekali kena kang baru korang tau...huhuhu
Tak percaya? mungkin kejadiannya bukan di sini tapi tak mustahil kan?..Jom kita baca artikel ini dari Kosmo Online.


LONDON - Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin. Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh. Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.
Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau. Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit. Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu. Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."
Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." - Agensi




P/S: Pelik kan, canggih sekarang ni, kalau dah hantu pun tau guna telefon bimbit, ermmm lepas ni 'hantu' pun ada FaceBook tau..hahahahaha
Agak2 telefon bimbit jenama apa yang hantu tu pakai yek?..hehehehe


With Love

18 Comments

  1. ntah ntha mmg dah ada... mana kita tau ehheh sbb tak pernah jadi hantu :D
    kuman "langkah.." Entry

    ReplyDelete
  2. Arief: hehehe takut sampai tak boleh komen..kekekeke

    ReplyDelete
  3. Kuman: ishh klu ada pun,jgn dekat dgn kita..takutttttttt....
    sis pun x prnh jumpa dn tgk hantu, tgk gambo ada ler..huhuhu

    ReplyDelete
  4. HaHaHaHa.. Mcm2 La.. XD
    Nice Sharing....

    ReplyDelete
  5. Dewi: kannnn...nk gelak pun susah, nak percaya pun susah, tp realitinya wujud..hehehe

    ReplyDelete
  6. Fairus: hantu skrg moden lg canggih..hehehehe

    ReplyDelete
  7. owhhh.. ini antooo musti............................ MAYA KARIN.. kui333 international lagikkk.. hi333

    ReplyDelete
  8. whoaaa... siap ada gambar momok tue....

    ReplyDelete
  9. nie boleh masuk siri bercakap dengan jin nie....

    ReplyDelete
  10. wah best nih... tapi takut gak kita kalau terchating ngan hantu... akak baik check betul2 ada komen dari antu tak...?

    ReplyDelete
  11. Ohoeya: kekeke klu Maya Karin ramai je yg nak dok berckp dgn dia..sbb hantu lawa..hahahaha

    ReplyDelete
  12. Hazman: haha itu gimik..kata tajuk hantu, kena la ltk gambo hantu..hehehe

    ReplyDelete
  13. Kisahsensasi: klu masuk siri bercakap dgn jin, mesti lepas2 tu glamer la hantu, laku aje la top-up kat kedai tu..hahahaha

    ReplyDelete
  14. Shay: biaq betul je Shay ni tau, bt takutkan sis aje..klu le ado..sis tutup terus blog nie..muahahaha

    ReplyDelete
  15. salam guys
    in this case pernah rasanya berlaku di Malaysia
    tidak silap aku tahun 97..
    kecoh satu Msia..
    tapi wallahualam.. adakah ini benar2 berlaku

    panggilan diterima adalah dari kubur
    hmmmm... jin bertoncet kot call?
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. Nur Misnan: haaa? iye ke? sis terlepas cite plk, eee klu ada le, mau takut nk ON Hp malam2 ni tau..
    jgn kata jin toncet, toyol col pun naik semua bulu..huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com