Jerebu ke Kabus?

Salam semua...

Jerebu ke kabus? Jerebu kan? tempat kowang camne? sama eh?..
2-3 harini Lin tengok mcm mendung je cuaca tp panas, pastu mata pedih jek, ingat nak kena sakit mata, sbb tgh musim gak ni sakit mata, tp bila baca paper yg ada mengatakan jerebu dh melanda, adeiii ptut le pandangan mata tak jauh dah, ingat rabun naik lagi, sbbnya bila ptg Lin bawak kereta dah kena pakai cermin mata dek kerna tak berapa jauh luas pandangan ke depan, rupanya mmg jerebu la..ermmm
Jadinya kita jaga kesihatan, byk2 minum air, kalau sapa2 ada alahan tu, pakai baju lengan panjang, kang gatal2 pulak kulit tu..di sini Lin nak kongsi nasihat info pasal jerebu..
Info/nasihat dari Info Sihat.
Berita jerebu yg teruk melanda di Muar, klik sini Utusan Online.

Jerebu



Panduan Kesihatan Untuk Anda

Apakah Jerebu?


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU
Status
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tenda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

P/S: Entry untuk harini 20102010...Nice date kan?.. ada yg special ke? ....

With Love

6 comments:

  1. sis lin..
    pagi tadi sepanjang perjalanan ke hospital..ayu guna lampu....adeh tebal sungguh jerebu

    thanks for info... i love u

    ReplyDelete
  2. Ayu: tu le..pandangan x nampak, sis kena pakai cermin mata, pedih bijik mata ni klu kat luar..jaga kesihatan elok2 yek..terutama cik abg tu..byk2 minum air... :)

    ReplyDelete
  3. kita dengar berita, JB paling teruk. kat KL mmg dah sedia jerebu, tambah lagi jerebu baru ni, bertambah tebal. kereta cepat sangat kotornya.

    ReplyDelete
  4. Cha: Mmmg betul,jerebu kt jb ni teruk, nmpk dh mcm kabus, bygkan le klu sis kena pakai cermin mata nk drive sbb pandangan kabur dek jerebu..huhuhu

    ReplyDelete
  5. adehh jerebu laa plak dah nak balik jb ni...

    ReplyDelete
  6. Aeinio:ooo owang JB eh? JB kat mana? sis dok bukit indah area perling..:)
    btw balik dr mana? bercuti ke?

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..