NiQuitin melenyapkan ketagihan merokok.

Salam semua..

Dok sambil2 menunggu Baget 2011 ptg ni bermula, Lin sambil2 belek Kosmo Online, tup2 terbaca artikel Variasi tentang kaedah baru berhenti merokok bg perokok, ermm berkesan ke? betul ke boleh berhenti nie? dok tertanya2, caranya mudah, hanya menampal saja tp tak tahu la yek...
Yg penting keyakinan pada si perokok tu sebenarnya, nak seribu daya, taknak seribu dalih, bak kata mereka, rokok naik harga melambung pun, "ada aku kesah?"..aishhh 
Takpe, klu sekadar menampal je, Lin pun mau cuba gak, kot2 boleh berkesan, tak henti terus pun janji kurang jgk le sehari pun takpe.. :)


Hari ini terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu seseorang menolak nikotin. Cara yang paling mudah ialah melalui sebatang rokok.
Kenaikan harga rokok sebanyak 70 sen baru-baru ini untuk setiap kotak berisi 20 batang rokok jenis premium menjadikan harga sekotak rokok kini ialah RM10. Dengan kenaikan harga itu, diharap ia dapat mengurangkan pembelian rokok.
Terapi menghisap gula-gula mentol atau mengunyah gula-gula getah antara kaedah yang paling popular untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi ramai yang mengaku ia hanya sementara.

Beberapa syarikat farmaseutikal memperkenal kaedah yang boleh mengurangkan ketagihan perokok secara perlahan-lahan.
Antaranya termasuklah ubat-ubatan, semburan dan tampalan. Sejenis semburan yang disembur di bawah lidah dapat menghentikan ketagihan rokok kerana asap tembakau dirasakan begitu manis bila dihidu.
Satu lagi opsyen yang diperkenal baru-baru ini ialah kaedah tampalan yang boleh mengurangkan kebergantungan perokok kepada nikotin secara berkesan.
Ketagihan terhadap rokok dikatakan dapat dilenyapkan dalam masa lima minit dengan tampalan NiQuitin.
Tampalan itu ialah produk baru keluaran Glaxo Smith Kline (GSK). Ia boleh didapati di dalam tiga pek berlainan dos iaitu 7 miligram (mg), 14 mg dan 21 mg.
Harga sekotak NiQuitin yang mengandungi tujuh keping tampalan tidak melebihi RM75.
Tampalan itu dikatakan lebih berkesan apabila ia ditampal di bahagian badan yang kurang atau tidak berbulu roma.
"Ia perlu ditampal di bahagian badan yang berbeza-beza termasuk bahagian belakang dan atas punggung supaya sel-sel kulit boleh tumbuh semula dan rasa tidak selesa atau gatal pada kulit dapat dielakkan," kata Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamad.

Info penuh dan selanjutnya di Kosmo Online



P/S: Kalau lelaki tak hisap rokok tak macho? eleh klu macho pun tp mati pucuk buat apa??? tak guna ponggggggg.....:p


With Love

4 comments:

  1. Belum try lagi. Tapi ada juga makan ubat kat farmasi utk berhenti merokok. Tak jalan juga.

    ReplyDelete
  2. Fairus: baguss...ada juga kemahuan nak mencuba..
    nnti cuba kaedah bru nie, kot2 boleh,Sis doakan yek.. :)

    ReplyDelete
  3. Mahal gak sekotak ek...erm...x sabar nak tggu ujung bulan nak dapat wet loan ASB...hehe...anti nak bli'n berkotak2 utk abg...hehe...

    ReplyDelete
  4. Zyash: mahal xpe klu berkesan, bkn senang nk ilangkan ketagihan mereka yg dh berthn2 dok isap bende tue..huhuhu
    ni nanti 3hb msti dok beratur nk amik ASB..hehehe sama le kita..hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..