Saya takde 'mood' la bang...

Salam semua..

Oiii oii itu bukan status aku ok...aku takde 'mood'? time bulan mengambang je, lain2 hari ON jek..miahahahaha....
Haaa wahai lelaki pria2 handalan di luar sana, adakah anda kenali dn fahami 'mood' dan 'situasi' isteri/wanita anda?
Tak tau? *hubby aku tau tak ek? ermmm ok2 tak payah pening2 dok fikir, jom layan tip/info di bawah nie..
Kredit info dr Mingguan Wanita.


8 Situasi Buat Wanita Terangsang.

1. SELEPAS BERTENGKAR
Bertegang leher dengan pasangan memang membuatkan darah naik dan degup jantung makin pantas.Tapi selepas semua konflik terungkap dan masalah diselesaikan tiada yang lebih baik selain meredakan amarah dengan merangkul pasangan dan menciuminya penuh ghairah. Ia memberikan satu kelegaan buat isteri selain merasakan satu ketenangan.

2. SUASANA BAHAGIA
Seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan atau kegembiraan yang berlebihan juga menghadirkan mood seks bagi isteri. Contohnya sewaktu suami mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat atau mendapat hadiah yang diinginkan dari suami maka isteri punya semangat positif yang berlebihan. Jadi kenapa tidak cuba menggunakan ghairah tersebut untuk bercinta.

3. STRES
Memang stres dianggap meningkatkan tekanan emosi sampai ke tahap ekstrem tapi pada sudut lain bagi wanita, ia mampu meningkatkan tahap libido mereka. Oleh itu saat melihat isteri sedang stres tiada salahnya anda cuba memberikan kehangatan untuk meredakan ketegangan yang dialaminya dan memanfaatkan tahap nafsunya yang sedang tinggi. Selain itu seks juga boleh meredakan sakit kepala akibat stres yang dialami.

4. CEMBURU
Sama seperti stres, cemburu turut mempunyai kesan pada sudut yang berbeza. Sebagai contoh melihat suami sedang berbicara mesra dengan wanita lain, isteri mungkin rasa cemburu. Di fikirannya, suami anda adalah miliknya sepenuhnya, bukan milik wanita lain. Melihat perkara ini juga akan menghadirkan rasa persaingan yang memerlukan isteri menunjukkan kelebihannya termasuklah dalam soal seks.

Oleh itu jika terasa hubungan seks makin hambar maka jika berani berikan sedikit cabaran pada isteri kemudian manfaatkan momen cemburuini dengan mengajaknya ke ranjang. Tapi awas, jangan praktikkan jika anda punya isteri yang cukup emosi dan punyai tahap cemburu yang melampau, bimbang ada akan menerimahukuman
yang sebaliknya.

5. WAKTU SUBUR
Wanita sangat mudah terangsang pada hari-hari suburnya yakni kira-kira dua minggu selepas hari haid terakhir. Inilah masa paling tepat untuk suami mengajak isteri untuk melakukan seks. Akan tetapi keadaan ini agak sukar dibaca jika isteri anda termasuk dalam kategori datang bulan tidak teratur.

6. SUASANA ROMANTIS
Makan malam berdua, menonton wayang tengah malam bersama, mengelus rambutnya saat sedang berehat sudah dianggap suasana romantis oleh isteri. Tentunya tidak sukar untuk melakukan perkara ini bukan! Jadi apa lagi praktikkan terus dan biarkan dia cair dalam pelukan anda.

7. BERJAUHAN DENGAN SUAMI
Tinggal berjauhan dengan suami mampu menyebabkan isteri berasa teruja untuk bersama suaminya, sama juga dengan lelaki. Perpisahan dengan pasangan walau sekadar beberapa hari akan membuatkan pasangan saling merindui. Ketika ini bertemu luapan cinta dan ghairah cinta yang dipendamakan meledak. Tidak mustahil suami akan merasai hubungan seks yang luar biasa selepas beberapa lama berpisah denganisteri.

8. KREATIF
Seorang isteri takkan mampu menolak ajakan seks jika suami seorang yang kreatif malah acara ini cukup ditunggu-tunggu kerana mahu melihat apa pula aksi terbaru yang hendak dipamerkan. Maka belajarlah tentang teknik-teknik seks yang berbeza untuk menyenangkan isteri selain menghindari isteri dari rasa bosan dengan seks.




P/S: Yg penting Cinta, Kasih, Sayang dan Ikhlas mesti di utamakan dulu, baru dtgnya nikmat dalam melayari bahtera.. :)


With Love

4 comments:

  1. nice tips.. mesti jaga hati wanita :)

    ReplyDelete
  2. nice tips.. akan simpan smpai kawen nnti..
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Ken: Yup..bertuah wanita yg dpt Ken yg memahami.. :)

    ReplyDelete
  4. lan_ax: betul3x..kena byk simpan tips utk bekalan menuju bahtera rumahtagga.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..