Wednesday, November 24, 2010

Majlis Berkhatan Berlangsung-1

Salam semua...

Setelah selamatnya anakanda Lin bersunat, persiapan untuk majlis satu persatu di siapkan, dari segi makanan, minuman, goodies/buahtangan, dan undangan tetamu semuanya di susun dan di sediakan, moga-moga semuanya berjalan lancar..Aminn.


*Menu untuk haritu memang penuh dan semuanya siap sedia (catering) saja, ada Nasi jagung, ayam masak merah, kambing stew, paceri nanas, laksa penang, sambal kacang, nasi himpit, kuah lodeh, kari ayam, kuih muih, dan juga minuman oren &sbb.


*Cateringnya pulak terdiri dari MamaYatie punya Mak(nasi jagung berlauk), Midah Laksa Penang (kawan Lin) dan juga Mak Lin tersayang yang menyediakan lauk pauk nasi himpit...
Terima kasih semua, memang sedap, lazat dan enak makanan semua..tetamu semua memuji masakan kamu semua.. :)


*Dalam jam 2pm seperti yang di janjikan, kumpulan ahli lelaki dari jemaah Masjid Bukit Indah dah sampai dulu, jadi mereka mulakan dengan bacaan tahlil ringkas, hujan renyai-renyai membasahi bumi, selesai tahlil, paluan kompang berdentam dentum meraikan dan meriahkan majlis berkhatan, hajat dihati nak berarak tapi tak kesampaian..huhuhu
Terima kasih buat semua..Pasukan kumpulan Kompang dr Masjid Bukit Indah.


*Sementara kaum wanita membaca Tahlil dan doa selamat di dalam, jemaah lelaki dan juga ahli-ahli kompang menjamu selera dulu di luar..alhamdulilah semua hajat tercapai..:)


*Kumpulan Yassin Al-Wasilah dr Bukit Indah di ketuai oleh Mak Enon membacakan Thalil dan juga doa selamat buat anakanda Lin,Ridzuan..moga-moga di berkati dan di permudahkan urusan dalam berpantang.. :)
Terima kasih buat semua yang sudi datang..


*Tiada apa yang nak di beri cukup sekadar ucapan terima kasih dan sedikit pemberian dari Lin sekeluarga. Moga doa kalian termakbul dan tuhan membalas jasa baik kalian semua..Aminnn.


*Bersambung*




P/S: Syukur sangat kepadaMU Tuhan..segala hajat dan impian untuk Majlis berkhatan anakanda Lin di sampaikan dan tertunai..Alhamdulilah syukur kepada yang Esa..Aminnn


With Love

1 comment:

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..