Sebelum dan sementara.

Salam semua...

Dengan mata yang ala-ala kuyu dan poyo pagi tu akibat tak tido malam, semua di kerahkan bangun awal untuk bersiap-siap, Kasawari pun Lin col jam 9am tu baru bangun tido,hehehehe...
Dapat sms dari Shai, yang dia pagi tu dah berada di Pekan Rabu, tapi Lin minta dia datang sendiri naik teksi ke Bukit Indah sebab kitaorang nak pegi sarapan dan terus ke rumah Mak Lin..
Semua dah bersiap-siap, Shai pun dah sampai, sementara menunggu Kasawari & Kasawati sampai, apalagi kitaorang dok berposing ler, lagipun kemungkinan Kasawari lambat sikit sebab nak amik anak dia, so dia suruh kita jumpa dia ditempat makan saja,di Habib le..hehehehe


*Posing jangan tak posing, aku suka gambo ni sebab aku sudah nampak kurus..hehehehe, kita sama=sama maroon color ye..:)


*Kami yang sedia ada, dengan bergayanya sudah bersiap sedia keluar menghadiri majlis..Tema kuning tu nampak gayanya orang depan..:p


*Kami singgah makan dahulu mengisi perut, lepas tu kami bergerak menuju ke Kg Melayu. Lin pula singgah rumah kawan dulu jap, nak amik kek adik Lin, jadi Kasawari gerak bawak Amat penunjuk jalan dan Dilla gerak membawa Naz & Yana penunjuk jalan juga..hehehehe


*Tiba di rumah mak, adik Lin,Julie masih tengah bersiap-siap lagi, kelihatan kawan Lin,Effa masih lagi dok bizi touch-up muka dan pakaian juga rambut adik Lin, tapi dah nampak terserlahnya solekan di muka adik Lin.. :)


*Barang-barang hantaran pun sudah siap sedia di atas katil, memang Mak buat simple aje, ikut mana yang termampu dan yang ada, nanti masa nikah mjlis persandingan, baru hantar lengkap berdulang-dulang.


*Di luar kelihatan semua duduk bersembang dan membuat hal masing-masing, takde kerja yang nak di bantu, semua dah Mak siapkan, temujanji majlis pulak dalam pukul 2pm, jam masa tu baru 12.30pm, jadi masih ada berapa jam lagi terpaksa di tunggu, nasib mereka ini sabar menanti..:)
Beginilah keadaan bila rumah Lin atau rumah mak buat kenduri, maklumlah keluarga kecik, saudara mara yang ada tak begitu ramai dan mereka juga berada di luar kawasan, jadi adik beradik aje yang datang berkumpul..
*Dalam hati ini sungguh terharu dan tersentuh bila melihat kawan-kawan semua sudi datang sama-sama memeriahkan dan meramaikan majlis adik Lin, sungguh terharu sangat...
Terima kasih semua..huhuhuhu

*Bersambung*




P/S: Kalaulah arwah abah ada, mesti dia pun turut terharu dengan kedatangan kawan-kawan semua.huhuhu :(


With Love

No comments

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..