Tips Berkhatan: Fesyen/Posisi kain gantung.

11/25/2010 03:50:00 PM

Salam semua...

Hehehe..cuti sekolah camni macam-macam lah upacara dan kenduri diadakan, mana yang buat kenduri kahwin, kenduri bertunang, nikah dan yang paling kerap berlaku pada cuti sekolah camni ialah kenduri berkhatan, termasuk lah anak Lin,Amat@Ridzuan tu. Masuk harini dah 6hari berlalu, luka jahit dah beransur kering, ada jahitan tu dah pun tanggal sendiri, tapi azabnya dugaan dan cobaan bila menjaga dia dalam berpantang ni, ishh macam-macam karenah dia buat, dengan Mak dia je yang dia mahu, dengan Ayah? taknak langsung walupun nak bawa dia ke bilik air kencing..huhuhu
Malu tak mahu, Mak dia ni jugak yang dia nak suruh cucikan, tapi takpelah itu lah pengorbanan Lin seorang ibu menjaga dan pengalaman Lin satu-satunya menjaga anak lelaki sorang ni berkhatan..ermmm layann aje la..:)
Yang bestnya, bukan Amat anak Lin aje yang bersunat, ada kawan-kawan Geng Setaman ni juga pun sama bersunat..hehehe dan yang tak bestnya, Lin pulak tak dapat nak melawat kawan-kawannya tu, mana taknya dok menjaga orang berpantang ni, tak boleh langkah sikit kaki ni, jerit le dia dari kursi tu 'Makkkkkkkkkkkkkk'..eeeeeeeee sabo sabo Lin...


*Fesyen gantung di tingkap dan lampu gaya mcm huruf T gitu..hehehe
*Baru pagi tadi dia kata..'Amat macam tak caya je dah sunat' hahahaha lawak punya soklan, pastu kata..'anu teeeeeeet yang ni tak cantik, cantik yang lama' hahahahaha 
Baru perasan ke Mat, mula-mula memang le tak cantik, tunggu dah baik sok yek..hencemmmmmmm..hehehehe


*Fesyen gantung di tangga, mngkin huruf L gitu kot..
*Peace..yang ni anak kawan Lin,Azie..Haqim..dia baru semalam bersunat dengan Dr yang sama dan Klinik yang sama jugak dengan Amat, jangkakan 5hb baru Azie ni sunatkan anak dia beramai-ramai, tapi dia rasa macam lama angat, takut lambat baik katanya, ye la nak urus anak sekolah lagi nantikan..so Haqim, aunty doakan Haqim cepat sembuh yek.. :)


*Fesyen gantung di ruang tamu siling, ermm lebih kurang huruf I tegak je nie..
*Hehehe tidur dia,alahaiii...Yang ni pulak anak kawan Geng Setaman juga,Jalena@Linn Jell, Quszay..anak dia ni sunat pada tarikh yang sama dengan Amat, kira dah 6hari juga berlalu, cuma di Klinik yang berlainan aje, kata Linn, masa nak bersunat tu, anak dia meronta-ronta kata..'jangan pegang aku punya' hahahahah sianlah dia, mungkin gementar dan jadi takut bila masuk dalam bilik operate tu agaknya..tapi semuanya selamat, alhamdulilah..Aunty doakan juga supaya Quszay cepat baik yek sayang.. :)

*Di sini Lin ada selitkan info kebaikan,tuntutan dan pantang larang berkhatan untuk kita kongsi bersama..
Info dari Syed Mahadzir

Kebaikan Berkhatan

Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan. 

Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya.

  1. Menjauhkan tabiat kencing malam.
  2. Mendatangkan kebersihan.
  3. Mengawasi kesihatan.

Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya iaitu:

  1. Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain.
  2. Sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya.
  3. Berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah.
  4. Menyumpurnakan tuntutan syarak.


Pantang Larang.

Di antara pantang larang yang biasa diamalkan selepas berkhatan ialah:

  1. Makanan yang gatal dilarang sama sekali seperti udang, sotong, telur, ayam, pedal ayam, daging, ikan megkeroi dan ikan tudung tempayan.
  2. Buah setoi dan buah seter.
  3. Kuih buah melaka.
  4. (Makanan tersebut boleh memudaratkan dan mendatangkan kesan buruk pada luka bekas berkhatan).
Menegah kanak-kanak daripada:

  1. Minum air terlalu banyak
  2. Melangkah bendul pintu
  3. Melangkah tahi ayam
  4. Melangkah kulit kerang dan lain-lain lagi




P/S: Pada anak-anak yang belum berkhatan tu, jangan takut, lari kemana pun potong tetap kena potong..hehehe.. Sakit? Bohong kalau kata tak sakit kan Amat kan? hehehehe


With Love

You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. BD: A'ah BD..gambo yang atas tu skli, anak Lin..tu le satu2 nya anak bujang Lin..umur dh 10thn..hehehehe

    ReplyDelete
  2. potong jgn tak potong.. hehehe

    ReplyDelete
  3. K.Nor: Muahaha ye ye musim potong dah bermula..jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  4. lagi info tentang berkhatan di SIHAT SELALU - Kelebihan Berkhatan

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.