Berhati-hati beli telur di Pasaraya besar.

1/11/2011 06:36:00 PM

Salam semua..

AWAS..! Sebab aku dah terkena..huhuhu. 
Kalau nak beli telur ni aku memang tak suka beli di pasaraya-pasaraya besar, ntah le, kalau ke sana rasanya macam tak best dan susah nak angkut telur masuk dalam troli, dah le sesak dengan barang-barang belanja, lagi nak sumbat telur, kan ke susah tuh..
Tapi kalau hubby aku memang suka beli telur bila ke pasaraya besar, tak kira le Jusco ke, Tesco ke, Giant ke, mesti dia akan beli telur, kalau dah dia nak beli, aku redha je ler. Kali ni aku beli 2 papan, sebab bila time sekolah ni telur kat rumah laku, mana buat nasi goreng, buat cekodok, masak buat lauk dan macam-macam lagi ler.
Nak jadi cerita, satu petang tu, aku nak masak telur dadar, sekali pecah 6 bijik, sebab buat 2 dadar. Waktu nak pecahkan telur yang paling last sekali, tup-tup 'poop' meletup..ishhh busuknyaa bau, alamakkkkk! apa bende nie, telur yang aku pecah busuk tadi dah termasuk dalam mangkuk yang dalam tu ada 5 bijik telur yang elok.
Nak kata apa kan, kita mana nak fikir telur yang last tu boleh busuk, nampak dari luar waktu aku basuh tu, elok sesangat dan tidak ada sebarang bau yang syak wasangka, tapiiii..indah rupa dari khabar..huhuhuhu
Nasib bukan anak ayam yang kelaur dari dalam tu, kalau ye boleh aku bela sampai besar..hahahaha


*Gambar dekat yang aku amik, terlihat hitam-hitam tu seakan ink tapi busuk sangat baunya, owang kata telur tembelang eh...huhuhu. Kowang bayangkan le kalau chef-chef yang buat roti tu, pecah telur tup-tup busuk, kes naya buang tepung je kan, sebab tu ramai pakar-pakar masak diaorang pecahkan telur berasingan, sebagai langkah berjaga-jaga.


*Telur yang 5 bijik tu terpaksa le aku buang begitu saja dek dah tercampur dengan telur nan 1 busuk tu..nak buat camne kan..

Nak pulang? nak aku bawak mangkuk tu ke sana? arghh malasssss buat tak tahu dan amik langkah berjaga-jaga, lain kali memang aku tak nak dan tak suka beli telur di pasaraya besar macam tu..
Aku lebih rela masuk pasar atau reban ayam kutip beli telur, nama je tempat yang berhawa dingin tapi owang kebanyakkannya datang hanya untuk soping je, tak ramai yang beli telur hari-hari di sana, jadinya telur tu duduk tersimpan sampai busuk jadinya, apa tak check ke pekerja-pekerjanya yek????...musykil..!



P/S: Kalau buat edisi terjah menerjah ni, dapat baling telur, sekali kena baling telur yang busuk..hahahaha 


With Love

You Might Also Like

12 Orang Komen

  1. e...ada jugak pasaraya yg jual telur busuk...teruk betul...

    ReplyDelete
  2. Erienz: tu le pasal..tp kalau dh dalam pack tu, kita mana nak tau ada yg busuk..kan? eeee serikkkkkk

    ReplyDelete
  3. biasalah tu.mcm yang penulis kata telur luarnya cantik,namun dlm tiada siapa yang tahu.pasar raya juga begitu.macamna nak cek eh telur mana yang baik,yang mana busuk.Ditambah lagi dengan beratus-ratus papan.Tapi ada caranya nak elak terbeli telur busuk.Beli telur yang dipek tertutup ataudah diproses.biasanya telur ini dipek 10 biji je,harganya pun mahal.tapi dijamin segar dan tahan lama.

    ReplyDelete
  4. sis..mas pun pernah kena, bayangkan nak buat kek, telur yg last tu busuk..terpaksa buang 1 adunan kek tu...sakit hati betoi..

    ReplyDelete
  5. eeeiii.. kna hati-hati lps nie...

    ReplyDelete
  6. Najib: betul tu, kdg2 bende cmni kita x boleh nak salahkan sesiapa, sbb tu saya bt diam ajek..kita pengguna kena bt pilihan yg bijak..TQ..:)

    ReplyDelete
  7. Mas: itu le pasal..sis dok bygkan klu terkena dekat2 chef2 dan kita2 ni yg nak bt kek or pastri..kan dh bazir kan..

    ReplyDelete
  8. Mknace: mmg terbaekkk wokkk..kekekeke :p

    ReplyDelete
  9. Areteacar: betul tu, lps ni amik langkah berjaga2..:)

    ReplyDelete
  10. ni la yang org kate, akibat nila setitik, rosak semuanya..mcm akibat telur sebiji, buang semuanya..huuhuhuh

    ReplyDelete
  11. telur tak boleh simpan lama. mesti beli yg fresh...yg bagus, beli setiap minggu..kat bestmart tu yg fresh sekali...telur kat supermarket ni biasanya tak fresh sangat

    linda

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.