Hujan oh hujan..

1/30/2011 07:15:00 PM

Salam semua...

Alhamdulilah..itu aje la yang boleh di katakan sepanjang hujan ni, mengeluh tak boleh, nak merungut pun, nak buat camne kan?...hujan rahmat mungkin..
Sana sini utara selatan timur dan barat hujan barangkali yek?. Dah 2 hari berterusan hujan sana sini, nak kemana dan buat xtvt di luar pun susah, yang boleh makan tido aje di rumah..hahahahahaha.
Tapi hubby Lin pagi-pagi dah keluar pi memancing, hujan pun redah juga, katanya hujan-hujan ni ikan lapo..kekeke. Jadi Lin dengan anak-anak duduk rumah aje, buat le apa yang patut, lagipun anak Lin,Naz tuisyen harini dari jam 9.30am-2pm, so petang balik amik Naz tadi baru Lin keluar ke Giant membeli belah barang-barang dapur, tapi yang banyaknya dibeli jajan aje, hehehehe.
Tadi dok belek-belek sabun kat Giant, saja pulak mengatal try beli sabun yang lain, hehehe salah satu sebab sekali nak membelinya, bila pegang je sabun tu, wanginya bau, dari luar plastik dah ada bau wanginya, ermm DAIA Expert, hehehe ntah apa yang expertnya ntah, janji basuh sidai bersih dan tak berbau, dah le hujan, sidai tak kering-kering, tempat nak menyidai pun dh FULL..aiyoooooo..


*Ni dia DAIA expert..'Pakar sebenar untuk pengeringan tempat teduh' kakakakaah. Macam-macam aje ler..


*Lihat itu, dah 2 hari tak kering-kering baju tu, yang dalam bakul pun dah selonggok, nasib juga esok dah tak sekolah, kalau tidak, mau tak kering le baju sekolah dan kasut anak-anak..
Memang dah FULL sudah, belum lagi aku tunjuk ampai sebelah dinding pulak, berderet-deret juga baju berhanger..huhuhuhu...aduhhhh
*Bagusnya sejuk-sejuk ni, anak-anak bangun gosok gigi aje, tak payah mandi, jimat sikit nak cuci baju yek..hahahahahaa




P/S: Harap-harap esok panas la walaupun sekejap...:). Kesian sana sini air dah mula naik, pastu mesti banjir, dah le nak dekat CNY nie..ermmmm


With Love

You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. sis..sama la kita, baju mas pun tak kering2 tu..kat shah alam pun hujan dari pagi tadi lagi...

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.