Ikan boleh sebarkan penyakit HIV.!

1/12/2011 05:01:00 PM

Salam semua...

Erkk..terkejut jugak baca kenyataan artikel dari Tok Wan (FB) nie..
Jika di fikir-fikirkan ada logiknya jugak artikel tu. Kowang fikir yek, kita hulur kaki kita di gigit-gigit ikan dalam kolam tu yang kononnya akan memakan sel-sel kulit mati di tumit dan celah-celah kaki yang ada kematu atau cacar air/ulat air, tapi dah berapa banyak kaki yang dah masuk dan di makan oleh ikan tu, kita tak tahu kan apa penyakit dan siapa pelanggan-pelanggannya??? erkkkk subhanallah..fikir-fikirkan dan selamat merenung kembali..huhuhu
Atikel dan gambar dari Tok Wan (FB)


Disini baru jumpa kenyataan resmi dari Kementerian Kesihatan United Emerate Arab Saudi.

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.



P/S: Secara jujur memang Lin dulu selalu suka sangat buat Spa Fish nie..tapi secara jujur jugak, memang ada kelainan dan kebagusannya..tapi lepas ni..STOP do it! aku belum mau mati secara percuma lor..huhuhu


With Love

You Might Also Like

3 Orang Komen

  1. salam ...saya berkenan sangat nak amik entry ikan ni...nak letak kat blog boleh ye tuan blog....

    ReplyDelete
  2. Mama: boleh2..silakan la...kita sama2 kongsi yek..:)

    ReplyDelete
  3. owh boleh ea..baru tahu..thanks ^_^

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.