Sunday, January 16, 2011

Kaftan design@Seleksi Qrizz

Salam semua...

Hurmm agak lama tak update blog ni, bukan merajuk atau bukan takde mood, tapi broadband line kat rumah ni yang buat hal, sampaikan nak upload gambo macam menunggu buah durian jatuh atas riba..huhuhu
Sekarang dah oke, dah kena gegar dan dah upgrade sikit baru le bernafas lega, kalau tidak semput macam siput. Bagus 2x ganda lagi TMstreamyx aku yang lama..huhuhu
Oke le ebtri kali ni saja aku nak tayang menayang aksi dan pose maut tapi tak le maut mana pun, takat pose 'poyo' je dari aku dengan Wana tu,hehehehe..

Kowang perasan tak, penghujung tahun 2010 hingga le awal tahun 2011 ni, musim artis dan bukan artis bergaya dengan fesyen busana Kaftan?. Macam-macam fesyen dan jenis Kaftan yang di gayakan, sampaikan naik terbeliak mata aku bila tengok dalam majalah-majalah tu, memang perghh giler glamour le kalau pakainya..
Jadinya..apalagi nak jugak aku test market badan aku pakai baju Kaftan tu, memang seksi seksa sehh bila bergaya tu, kena pulak aku dah ada le fesyen designer yang tengah fofular dan hangat di pasaran di FB tu, tak lain tak bukan si Burn Seleksi-Qrizz. Kalau kerja tangan dia tu jangan cakap le, kalah kerja tangan owang pompuan ni, malu weiii...


*Yang ni Kaftan Lycra..Baju ready made yang di jual di Seleksi Qrizz, kebetulan aku datang rumah dia tengah banyak tergantung yang dah siap, apalagi aku dengan Wana dok mengayakan dan pose le. Memang sedap pakai kainnya tu, kalau kowang nak beli siap dan  nak mintak beadingkan sekali pun boleh..


*Yang ni baju aku, fesyen Kaftan 2 pasang, kain dan baju. Aku beli kain dan tempah terus mintak SQ tu jahitkan, haritu datang rumah dia sebab nak fitting baju tu le, memang ngam betul-betul saiz badan aku, tinggal proses nak beading ajer...:)


*Dan yang ni fesyen Kaftan jubah, siap ada tali dijahit di dalam baju tu, so kalau pakai memang nampak fit le kat badan tu, selesa dan serasi bersama..hehehehe
Yang ni pun tunggu proses beading aje, kena ikut turn sebab tempahan SQ tu berderet-deret. Siapa-siapa nak tempah untuk raya nanti, cepat-cepat le, di buka sekarang hingga la 1.5 ni aje..:)
So kowang tunggu nanti hasil baju aku yang dah siap nanti..dup dap dup dap jugak ni...:)





 
P/S: Sesekali kita ni surirumah nak jugak bergaya, tak kira le kemana, janji up-to-date le owang kata fesyen tu...kan kan?


With Love

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..