Madah-madah bahagia.

1/07/2011 09:33:00 PM

Salam semua..

Sementara menunggu detik 12malam entry terbaru 8.1.2011 keluar, jom layan entry jiwang ni 'Madah Bahagia' buat kowang semua..
Layannnnnnnn...:)



Kebahagiaan bukan timbul daripada kekayaan yang melimpah-limpah, melainkan daripada kebiasaan hidup yang sederhana dan wajar.(James Wood)
Kebahagiaan tidak terletak dengan memiliki apa yang kita inginkan, melainkan kerana kita tidak menginginkan apa yang tidak dapat kita miliki.(Princess Karaja)
Anda tidak berbahagia apabila anda berfikir diri anda tidak berbahagia.(Marcus A. Antonius)
Bahagia itu adalah kesenangan yang dicapai oleh manusia menurut kehendak masing-masing.(Aristotles)
Hancurnya kebahagiaan bukan kerana kecelakaan besar melainkan kerana hal-hal kecil yang membahayakan yang datang berulang-ulang.(E. Dimnet)
Jalan menuju kebahagiaan:
-bebaskan hatimu daripada rasa dendam dan rasa takut
-hidup sederhana yang mengharap sedikit tetapi banyak
memberi.
-mengisi penuh harapanmu dengan kasih sayang.
-pancarkanlah cahaya mentari.
-lupakanlah dirimu sendiri dan ingatlah orang lain.
-perlakukanlah sesama manusia seperti yang anda ingin
diperlakukan.(Mattern)
Jangan anda membuat kehancuran atas kebahagiaan orang lain melainkan bangunkanlah kebahagiaan itu atas kehancuran seseorang.(Shakespeare)
Kebanyakan orang memperoleh bahagia ataupun tidak, sesuai dengan kemahuannya sendiri.(Lincoln)
Kebahagiaan hidup yang tertinggi adalah keyakinan yang diri kita dicintai.(Victor Hugo)
Kebahagiaan dirasakan oleh orang yang biasa berasa puas pada dirinya sendiri.(Aristotles)
Tidak ada kosmetik yang mujarabnya dapat menyamai kebahagiaan hidup. (Lady Blassington)
Kita sering terpesona oleh kebahagiaan yang tampak dari jauh, akan tetapi keterpesonaan itu menjadi kurang apabila kebahagiaan itu didekati.(T.H. Valden)
Salah satu alasan besar mengapa tidak berasa bahagia, adalah mengharapkan kebahagiaan yang terlalu besar.(Fontanelle)
Saat berbahagia sebaiknya jangan tinggi hati, apabila dalam kesusahan jangan hilang semangat.(K. von Lindos)
Setiap orang adalah pencipta kebahagiaannya sendiri.(Theoreau)
Sumbangan:
Nur Hikmah
Sumber: 7000 Mutiara Kata






P/S: Apsal le aku pulak yang excited menunggu esok ni..aishhhh apakah esok aku akan kena duduk luar pagar???? huwaaaaaa..SURPRISE...!!! ha ha ha


With Love

You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.