Rutin 'driver' tahun 2011.

1/03/2011 08:18:00 AM

Salam semua...

Monday Blues??? oh! tidakk untuk hari ini, jangan le monday blues gitu, susah kang nak mulakan tugas dan kerja-kerja seperti biasa..kan?? Ye lah inilah hari ketiga bagi tahun baru tapi hari pertama semua bekerja dan bersekolah, jadi mood dan semangat tu mesti ada lebih sikit..up up up...!
Aku? hurmm macam seperti tahun-tahun lepas juga, tanggungjawab dan tugas untuk keluarga, anak-anak juga diri sendiri tetap berjalan seperti biasa, mungkin ada lebih dan juga terkurang aja masa tu sikit..huhuhu
Jadi kalau agak-agak blog ni sepi dan hanya 2-3 hari baru update, harap maaf di pinta yek..masa terlalu mengejar..:( . Nak tau pa yang Lin buat 1 hari dalam rutin Lin untuk tahun 2011? Jom kongsi bersama, mungkin ada juga di luar sana, yang sama rutinnya dengan Lin..:) Lin BOLEH..!!!!



Rutin 2011..

Pagi.
Jam: 5.00am : Bangun kemas dapur dan sediakan keperluan anak-anak.
Jam 6.15am: Naz dah bersedia menunggu di luar (Naz Lin tak hantar naik dengan ayah kawan dia sebab sekolah dia SAB, dah ke bandar, takut tak sempat nak kejarkan hantar adik-adiknya ke sekolah).
Jam 6.45: Lin keluar hantar Amat ke sekolah kebangsaan, pastu terus hantar Yana ke sekolah menengah pulak.
Jam 7.10am: Sampai rumah macam biasa, siapkan kerja-kerja rumah, membasuh, mencuci, megemop, menyapu, memasak dan macam-macam le huhuhu.(ada free pi ngeteh sarapan kat luar juga le dengan kawan-kawan).
Sambil layan tenet ni ler..:)

Tengahari.
Jam 12.30pm: Lin dah keluar ke sekolah Amat menunggu dia balik jan 1.10pm.
*Jam 1.30pm: (Hari Isnin dan selasa saja) Yana balik jam 1.30pm, jadi Lin kena amik Yana lepas amik Amat kat sekolah.
*Jam 1.45pm: (Hari Rabu & Khamis) Lin kena amik Yana kat sekolah dulu sebab dia balik jam 1.50pm.
Jam 2.30pm: Tunggu Naz sampai rumah dulu, pastu hantar Amat ngaji, pastu terus ke sekolah agama di Perling.
(Kalau hari Rabu & Khamis, Lin kena amik Yana dulu sebab dia balik jam 1.50pm *Yana kena ikut Lin hantar Amat pergi ngaji*, pastu terpaksa bawak dia sekali kesekolah agama Amat, sebab Lin malas nak pusing balik hantar balik rumah).

Petang.
Jam 3.00pm: Waktu ni Lin dah kat rumah, biasanya Lin tido sekejap kalau boleh tido ler, melipat dan menonton TV, tak pun layan tenet kutip 'kebun FV' ha ha ha ha.
Jam 4.00pm: Hantar Naz pergi tuisyen (tapi belum comfirm betul jam berapa masuk). Lepas hantar Lin balik rumah dulu panaskan lauk dan masak nasi sekali lagi.
Jam 6.00pm: Keluar amik Naz balik tuisyen dan hantar balik rumah dulu, pastu Lin terus keluar ke sekolah agama Amat di Perling menunggu Amat keluar sekolah agama jam 6.30pm.
Pastu terus balik rumah sampai dalam jam 6.50pm.

Malam.
Jam 7.30pm: Siapkan makan malam dan mandi dulu kalau sempat.
Jam 8.00pm: Lin keluar hantar Amat pergi tuisyen. Pusing balik rumah sekejap tunggu Yana siap.
Jam 8.30pm: Hantar Yana tuisyen pulak..
Balik mandi, kemas dapur dan rehat sambil baca paper atau layan tenet jap.
Jam 9.45pm: Keluar amik Yana balik tuisyen.
Sampai rumah kalau dah penat sangat Lin terus baring dan ada masanya terus terlelap, time hubby balik pun tak menentu jadi kalau Lin dah tertido, hubby layan diri aje di dapur, nasib hubby memahami..huhuhuhu.

Ha begitu le rutin seharian Lin untuk tahun 2011 ni, selain rutin 'amalan yang wajib', ada lain sikit jadual tu dari tahun-tahun lepas, sebab ketiga-tiga anak Lin semua sekolah pagi..Jadi pagi ni Lin duduk rumah sorang-sorang ler di temani oleh POLO..:)
Kowang pulak camne? sama ke dengan rutin Lin tu?..tak pe yang penting kita ikhlas dalam tanggungjawab kita dan untuk kepentingan dan keperluan anak-anak juga keluarga..:)




P/S: Bonus CNY dah dekat ni, mintak-mintak naik le sikit duit poket bulan-bulan tu yek Yanggggggg..ke ke ke ke..:p


With Love

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. Salam Lin, patut ler lin tak dtg blog akak, 'isteri terlampau' ni namanya tapi....terlampau busy, jgn marah ye!

    ReplyDelete
  2. welkam back to daily rutin... :)

    ako je yg macam biasa rutin nya.. xde perubahan pun... b.u.h.s.a.n

    ReplyDelete
  3. sama je rutinnya dgn thn lps =) anak blm skolah, kot tak mmg mcm ni la juga.

    ReplyDelete
  4. ZanaFami: itu le..xde kesempatan lg nk jln2 blog walking lg..kena curi2 masa aje nih...:)

    ReplyDelete
  5. Retna: Ye awak..i'm the wonderwoman and buzyy BEE.,..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Cha: hehehe takpe Cha selagi belum ada rutin mcm Sis, enjoy ur time aje..kang klu dh pack masa tu..nk senyum pun kelat..huhuhu

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.