CNY @Aquaria KLCC

2/09/2011 09:59:00 AM

Salam semua...

Hurmm kowang dah pernah masuk Aquaria? ala yang kat KLCC tu, mesti ada yang dah pernah masukkan, best kan? aku memang suka dan teruja sangat-sangat nak masuk dalam tu, termasuk le anak-anak dan hubby. Kali ni mak aku pun dapat pergi sekali.. :)
Dari balik beraya Gong Xi Fat Cai rumah Pak Teh aku tu, kitaorang gi makan dulu. pastu baru terus gerak ke KLCC, nasib jugak le tak susah cari parking, tapi owang ramainya kat dalam KLCC tu, sesak rimas aku di buatnya, jadi aku tak kesana sini lagi terus je menuju ke Aquaria.
Masuk bayaran memang agak mahal sikit, tapi berbaloi, kalau MyCard & MyKid memang harga murah, owang asing je yang lebih mahal sikit harganya..


*Nampak tu, teruja bila nampak balang ikan sebesar dan tinggi macam ni penuh dengan macam-macam ikan..cantikkan..?


*Si Naz dengan Amat ni le yang paling seronok bergambo dengan ikan-ikan tu semua kat dalam..


*Ikan kat kolam ni lagi le best, kalau kowang dekat je dengan kolam tu, mereka siap naik atas tepi kolam tu dekat dengan kita, macam eksen menunjuk je tau, tapi tak boleh pegang tau!..


*Ni suasana dalam kolam, banyak gambo yang aku amik, tapi saja letak gambo Yana ni, yang lain-lain tu tengah asyik tengok ikan..hehehehe..


*Aquarium besar ni kat luar selepas lalu terowong, kat sini la paling lama aku dengan family dok lepak, satu persatu ikan yang datang, memang real sekali nampak depan mata, jerung, penyu, ikan pari yang besar dan sebesar tidak semua lalu depan mata tu..huhuhuhu


*Habis meronda terus ke kedai cenderamata, beli le apa yang patut, aku apalagi, aku beli fridge magnet ler...i likeeee..:)


*Sangat puashati dan seronok sekali..
Bila kowang masuk Aquaria, nanti ada staf amik gambo kita macam ni, pastu nak keluar tu, dia tunjuk gambonya, kalau kowang rasa nak beli, boleh amik, kalau taknak tak payah, dia tak paksa, tapi aku beli, buat kenangan, siap frame Aquaria lagi ala-ala buku gitu..rm30..:p




P/S: Aku rasa, owang KL pun ramai yang tak pergi dan tak sampai lagi..kan kan? hahahahaha



With Love

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. Dulu pernah masuk sekali Aquaria. Memang yurannya agak mahal sedikit berbanding tempat pameran lain. Tapi kira berbaloi la. Macam-macam ada. =)

    anastasyea's latest post .. Kenapa Perlu Marah Dengan Blogger Copy Paste. Fikir Positif!

    ReplyDelete
  2. I just entered aquaria once only haha

    ReplyDelete
  3. ak kena pergi lah sekali dua ke =.="
    xpernah jejak lgi
    huhu

    ReplyDelete
  4. Anastasyea: Yup..tiket mahal berbaloi dgn pengalaman yg kita dpt kan..:)

    ReplyDelete
  5. jFook: Oic..next time u must go again...:)

    ReplyDelete
  6. Raji: Ye kamu mesti pergi, cukup sekali pun oke, rasai dulu pengalamannya, nnti mesti mau ke sana lagi..:)

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.