Thursday, March 31, 2011

Majalah pilihan bulan April.

Assalamualaikum wbt..

Bulan April bakal menjelma esok, waduhhh sekejapnya rasa kan, semakin hari rasa semakin cepat masa berlalu, dan semakin bertambah usia tua ni, tapi aku tetap ngaku masih 'MUDA' ok..Ada aku kesah! hahahahaha
Ok nak cerita pasal majalah pilihan bulan April yang Lin beli semalam, first sekali sampai kat kedai buku tu, terus capai majalah Harmoni, sebab dari jauh dah nampak 'Purple' ok! tak selak isi dalam lagi terus je amik, 


Dari kulit dan latar belakang majalah hingga lah artis muka depan tu,Sazzy Falak, semuanya tema in Purple..walaupun sarat mengandung tapi nampak sweet dalam purple, ishhhh memang cute sangat2...:) i likeeeee


Ada pulak cerita perkahwinan Siti Sarah tu, tak berapa minat dengannya tapi baca aje la, kan dah kata sebab muka depan purple le Lin beli majalah tu..hehehehehe


Pastu belek pulak majalah Jelita yang sememangnya dah wajib nak selak tiap kali nampak, selak punya selak, wahhhh ada lagi rakan chef blog masuk majalah, rasa bangga pulak waktu tu.



Ina Hana dari blog hanamemories juga Kak Nor67 dari blog secubitgaram berkongsi rahsia respi masakan mereka untuk bulan April nie. Macam2 respi dan idea masakan ada mereka beri, nak tak nak je kowang mencubanya,hehehehhe.

Anak Lin kata, 'mak beli tapi tak buat pun'...
Lin jawab, ' mak beli sebab support kawan2 blog mak tu, nanti2 bila dah takde idea nak masak, mak buat ler'... 
erkkkk eeeee soalan maut tau!
Apa2 pun tahniah buat Kak Hana dan Kak Nor, mereka memang berbakat dalam bidang masakan dan hebat2 belaka...:)




P/S: Dok tertanya2 gak ni, takde ke majalah nak amik aku nie..hahahahahahahhaa *perah santan(perasan!) :p


With Love

0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com