Saturday, April 30, 2011

Gambar: Hi-Tea Usahanita Johor.

7:36 PM 0
Gambar: Hi-Tea Usahanita Johor.
Assalamualaikum wbt.

Tarikh: 24.4.2011, hari Ahad.
Jam: 1-6pm.
Majlis: English style Hi-Tea Usahanita Johor.

-Tak tau nak cerita macam mana, macam2 nak dicerita, takpe kowang layan gambar aje la ye dulu..hehehehehe
Lagi gambar di sini.


Lin, Midah & Wana, 3 sekawan sehati sejiwa serupa tapi tak sama..:p


My lovely daughter, Yana & Naz..so cute!


BIla dalam dewan tu, rasa betul2 macam kat England..hehehehe


Sweet pink, smooth dan yang best sangat cool ok.. :)


Buah tangan untuk tetamu.. :) i like itu biskut! sedapppppp


Anak2 enjoy & hepi, ibu pasti sukaaaaa... :)


Thankx Ana (2 dari kanan), sudi datang mermeriahkan majlis walaupun last minit..









P/S: Kenangan dan memori bersama tetap terpahat dan ku simpan jauh ke dalam lubuk hati...Moga apa yang kita impikan dan idamkan akan menjadi kenyataan..Aminnn


With Love

Majalah pilihan bulan Mei

6:56 PM 6
Assalamualaikum wbt..

Salam satu Malaysia semua...Masih ingat dengan Lin ka? hahahaha tenggelam timbul aje le kan, maklum le bizi sikit le, dengan meeting sana sini, dengan jalan2 makan2nya lagi, dengan xtvt Geng Setaman lagi, so maaf le kalau takde update ye..huhuhu. Terima kasihlah pada yang sudi datang menjenguk dan bertanya khabar.
Ok macam biasa, kalau keluar belanja, wal2 bulan macam ni, mesti nak singgah kedai buku/majalah, sebabnya nak mencari bahan bacaan yang menarik. Kali ni macam biasa juga, majalah Jelita juga yang jadi pilihan Lin, tengok isi dalamnya, tajuk2 yang berkenaan, dan yang paling istimewa tiap2 bulan, resepi2 dari geng2 blogger fofular, giliran demi giliran, seorang demi seorang geng blogger memaparkan kreativiti respi masing2, dan yang pasti Cik Mat Gebu kita tetap menjadi pujaan Jelita..



Macam2 respi ada, kowang kena beli sebab semua respinya bertemakan sempena tanda 'Kasih Ibu'..
Serangkap pantun yang di petik dari respi2 CMG 'Tanda Kasih Ibu'..

'Sayur bayam sayur petola,
Dihidang bersama buah berangan,
Tujuh langit tujuh petala,
Kasih Ibu tiada bandingan'.



P/S: Terliur sungguh dengan respi CMG 'sotong beriani masam manis'..sedappnyaaaaa

With Love

Sunday, April 24, 2011

AF9: Miza tersingkir, Amir dan Aida gugur.

9:51 PM 4
AF9: Miza tersingkir, Amir dan Aida gugur.
Assalamualaikum wbt..

Panassss dan hangat di Konsert ke-3 kali ni. Ermm Lin tak tengok pun tapi rata2 semua mengatakan minggu ni semuanya hampeh dan kalut budak2 AF9 ni, kenapa ye jadi macam tu? ermmmm
Lin pun tak boleh komen dan kritik banyak2, kang salah cakap salah komen ada pulak yang tak buat muka, bukannya kita tau sangat pasal bab2 seni nie, tapi kita pun tak bolehlah nak semuanya perfect, sebab mereka tu semua anak seni baru nak bermula dari ZERO(0), baru minggu ke-3 jadi memang lah susah nak terus mendadak jadi yang terbaik, betul tak? tapi kalau dah masuk gelanggang AF9 tu, budak2 tu kenalah terima apa yang di kritik dan dikomenkan, kena marah ke, kena puji bagus ke, tak bagus ke, semuanya kena terima seadanya..


Gambar dan info terkini di sini

Roshammizah Rosli atau Miza telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir selepas undian tidak memihak kepadanya. Miza yang berada di kedudukan terbawah di awal konsert terpaksa akur kepada keputusan pengundi yang mahu mengekalkan Miza di kedudukan tersebut. Miza adalah pelajar ketiga meninggalkan Akademi Fantasia setelah Laika dan Eka diumumkan tersingkir pada konsert pertama dan kedua.

Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketiga kali ini lebih bertumpu kepada Operasi Gugur yang kini sudah terjawab siapakah yang digugurkan dan siapakah yang diserap masuk ke dalam Akademi Fantasia. Kini segalanya telah terjawab apabila Aida dan Amir diumumkan digugurkan daripada Akademi Fantasia 9. 2 pelajar baharu juga telah diumumkan masuk ke dalam Akademi Fantasia 9 iaitu Fina dan Hazama. Fir dan Hani tidak terpilih menyertai Akademi Fantasia 9

Berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

1. Lena 17%
2. Erul 16%
3. Nera 10%
4. Amir 10%
5. Afif 9%
6. Raqib 9%
7. Kay 8%
8. Aida 8%
9. Azri 8%
10. Miza 5%

Kedudukan ini adalah sebelum Amir dan Aida diumumkan sebagai pelajar yang digugurkan. Dengan ini juga diumumkan bahawa talian undian pelajar baharu iaiti FINA dan HAZAMA sudah diaktifkan. Anda boleh mengundi dengan menggunakan nama seperti yang dimaklumkan. Taip AFUNDI FINA / HAZAMA dan hantar ke 32999.
Kini 9 pelajar termasuk pelajar baharu kekal dalam Akademi Fantasia 9 bersaing Menuju Puncak! 



P/S: Heheheh Afundi ERUL..lalalalalala


With Love

Saturday, April 23, 2011

Harini Sabtu, Esok Ahad.

9:50 AM 2
Harini Sabtu, Esok Ahad.
Assalamualaikum wbt...
'Uiiii Mak Cik nak ke mana tu? dengan bag besar dengan gaya ala2 nak ke pantai je tu, wah2 jelessssnyaaaaaa....huhuhuhu'
Mesti banyak dialog tu antara kowang dengan jiran sebelah ke, kawan ke, sedara ke kan? Yelah cuti hujung minggu, kot2 ada yang makan angin ke luar Negara ke luar Negeri ke..heheheh
Lin? ermmmm harini hari sekolah ganti, ikut jadual hari Khamis, ganti untuk perayaan Deepavali akan datang, jadi nak kemananya? xtvt macam biasa le sebagai surirumah merangkap drebar anak2 aje le, nasib malam tadi dah siap semua mengemop, mencuci mana yang patut dulu, so harini cuma sikit2 je nak di cuci.


Kowang tengok tu, bestnyalah kucing ni relax mengurut pulak ala2 spa yek..kalau kucing Lin tu boleh buat macam ni, ada dah kena dera dengan aku..hahahahha
Lin harini busy sikit, esok pun sama...huhuhu
Harini lepas anak2 balik sekolah, ada kelas Fardhu Ain, pastu terus ada Yassinan, pastu terus pulak Lin nak kejar ke Kg Melayu rumah Mak rewang kerja kawin jiran terdekat a.k.a dah anggap macam sedara, so kenalah turun padang tolong apa yang patut, pulak tu hubby takde kan, kena lah Lin wakil merewang..
Tapi kena le merewang sampai malam, sebab esoknya Lin tak dapat nak datang majlisnya, nak ke Hi-Tea Usahanita tu, plan dah lama, dah bayar pun, 3 bulan lepas sebelum dapat kad jemputan kawin ni, nak taknak dah bayar kena le pergi, kot2 kalau ada sesiapa yang nak bayar duit aku tu rm120, boleh jugak le cancel! muahahahaha...
So buat masa 2 harini buzyy bee le sikit yek, tunggu dah free sikit, nanti Lin cer cer cite yek..hehehhe


Apa yang Lin usaha sampai ke Usahanita tu? ermmm 'Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan'..
Ada sesiapa yang join? Kita jumpa di sana yek!..:)



P/S: Hati berbelah bagi nak pergi ke tak, tapi TERpaksa juga pergi sebab dah buat macam2 untuk menjayakannya..huhuhuhu


With Love

Friday, April 22, 2011

Resepi Serawa Durian

2:17 PM 2
Resepi Serawa Durian
Assalamualaikum wbt..

Hehehe suspen je kan tengok tajuk tu, tetiba Lin rajin bebenar nak memasak bende alah ni..huhuhuhu
Kowang mesti sukakan kalau durian? Siapa yang tak suka durian tu weii, enak di makan begitu saja atau di buat 'lempok' ke, buat talam ke, ataupun 'serawa' ni..perghhh sedapnyaaaaa..
Tapi Lin tak le serajin kowang dan ngidam sangat nak makan ni, cumanya rezki di hari Jumaat, owang bagi kita amik le, padahal haritu baru je mulut ni sebut nak makan serawa durian..hehehhee
Tapi pelik ek, kalau yang free tu le yang sedap..hahahahhaha. Sebenarnya respi serawa durian ni bukannya susah mana pun, rajin tak rajin je nak membuatnya. Kalau rumah Lin ni baik tak payah buat le, Lin sorang je yang makan, hubby takde, anak2 memang tak reti makan, kalau bubur durian tu diaorang makan le..
Jadi kalau kowang rajin nak mencuba respi ni, kat bawah ni Lin salinkan respinya ok..:)
Psttt kalau dah buat tu, hantar le kat rumah yek..lalalalalala



bahan2:
2 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
4 ulas isi durian
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat

Cara2:
-Rendam pulut sekurang2nyer 4 jam.Kukus mcm biasa.. Bubuh santan dgn garam secukup rasa.
-Untuk serawa: rebus durian tu dgn 2 cawan air...rebus sampai kembang.pastu masukkan santan pekat, gula merah & gula putih.kacau sehingga sebati dan pekat.



P/S: Dah habis pun dah..sedap lemak manis berkrim..ermmmmm jilat sudu lagik!


With Love

DiGi WWWOW Awards

1:41 PM 0
Assalamualaikum wbt..

Femes ke? Glamour ke? Kalau aku masuk dan submit ada ke yang nak vote? ermmmm..
Tak apalah rasanya aku belum layak nak submit diri aku sendiri masuk dalam tu, cukup lah sekadar aku berkongsi dan buat entry untuk tatapan sendiri dan pengunjung blog aku, kalau ada owang masuk dan nak komen dan baca entry aku pun dah kira bagus sangat2.
Bukan taknak mencuba tapi diri sendiri belum ada kemampuan dan keyakinan nak di naik tarafkan setinggi itu, bukan sehari, bukan seminggu bukan sebulan tapi 'BLOGGER OF THE YEAR' tu..
Tapi aku sokong dan vote untuk kawan2 seangkatan dalam dunia blogger ni yang mana dah submit masuk dalam contest awards tu. Tahniah buat diri kowang semua yek..
Pstt Mat Gebu pun dah masuk dah..hehehhee


KOwang tak nak cuba? Kalau nak submit di sini DiGi WWWOW Awards


Kategori yang ni paling banyak dapat sambutan dan submit, Lin dah vote hampir separuh darinya, tak kira yang kenal atau tidak, mana yang sempat Lin vote, lagipun rasanya bila baca tadi,sapa yang submit diri sendiri tu pun boleh vote jugak..1hari sekali sahaja..hehehehehhehe



P/S: Dah macam kempen pilihanraya pulak..hehehehhehe


With Love

Thursday, April 21, 2011

Dialog Kopi 'Batang'..

2:29 PM 6
Assalamualaikum wbt...

Kopi bukan sembarang kopi, kopi bernama kopi batang, minum bukan sembarang minum, sekali minum pasti nak lagi..hehehehehe
Ntah apa2 pantun merepek meraban le tu, kowang dah pernag cuba?. Memang  nak sebut namanya pun nak gelak, belum lagi nak minumnya, mesti otak kowang macam2 fikirnya kan..hehehehehe
Tadi pun masa mak cik warung tu bagi paket kopi tu, Lin pun naik tergelak, sampai melatah2 mak cik tu..Tapi yang geramnya tu, ada sorang pak cik pelanggan warung tu, bukan main gatal ayat dia tu, buat malu aku je mendengarnya, eeeee apa punya pak cik le, rupa gaya dah tua, tapi sekali melalut, lucah je bunyinya...huhuhu


Dialog warung si 'Kopi Batang'.

Lin: Mak cik, bagi pau sambal rm2..milo ais 1.
Mak Cik: Pegi sekolah ke nak? 
Lin: A'ah, anak bujang tu dah pesan suruh beli milo ais, taknak yang buat kat rumah, nak yang ais warung..huhuhu
Mak Cik: Budak2 sekarang ni, macam2 je yang dia nak. Mak dia pulak cuba le minum ni ha..*sambil tunjuk paket kopi*.
Lin: Kopi apa ni Mak Cik? ermm Kopi Batang? mak aii nama, tak agak2..hahahahha *gelak besauuu*
Mak Cik: Tau takpe, ntah apa yang ramuan 'batang' nya tu pun tak tahu le, kopi sekarang ni macam2, kopi janda pun ada..hehehehe.
Lin: A'ah Cik, Kopi Jantan le, Kopi Janda le..hehehehe macam2..

*Menyampuk le seorang Pak Cik yang tengah beli goreng pisang ni*
Pak Cik: Kopi apa? Kopi Batang? Batang apa tu? kalau lelaki bagus tu minum, tapi kalau pompuan nak buat apa? *sambil tersengeh*.
Mak Cik: Alaa tak kisah le lelaki ke pompuan, sebab ada Gano tu yang bagus tu untuk sakit2 badan.
Lin: *hanya tersenyum menunggu milo ais siap* sambil menjeling kat Pak Cik tu.
Pak Cik: Saya minum Kopi Janda tu, takde apa2 pun, ingat nama Janda, ada la Mak Janda ngorat saya tapi takde apa pun.*dia boleh gelak besar*
Lin: *dalam hati-hampeh betul Pak Cik ni, tak kuasa aku nak layan..eeeeeeee 
Dah siap terus Lin blah dari situ..makin layan kang, makin menjadi2 pulak Pak Cik ni.



P/S: Tak pasal2 kopi Batang tu jugak yang kena...huhuhuhu. Kang malam Lin nak try minum..lalalalalala


With Love

Wednesday, April 20, 2011

Jangan melanggan email 1Malaysia???

3:23 PM 12
Assalamualaikum wbt...

Harini pagi tadi terdengar di radio yang Malaysia akan melancarkan email 1 Malaysia percuma bagi rakyat Malaysia 18thn keatas bagi membolehkan dan melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan Kerajaan. Beritanya di sini.
Tapi bila duduk baca dan terus membaca apa baik dan buruknya, bagus dan tak bagusnya, terbaca pulak entri dan cerita di bawah ini..ermmmm jadi???? 


Jangan melanggan email 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda. ..
Jauhkan diri anda dan melanggar email 1Malaysia walaupun ia diagihkan percuma. Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tingga akibat penggunaan email 1Malaysia?

1) Kemungkinan email yang dihantar akan disiasat atau dicuri oleh pihak pentadbir dikawal oleh MCMC, kalau tersentuh isu sensitive. IP anda akan terbongkar. Password dan account anda diketahui secara langsung.
2) Sekirannya anda menggunakan email 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa dimana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda.
3) Email 1Malaysia berkemungkinan membawa malicious virus, spyware, di mana mudah diserang dan mengawal komputer anda sewaktu anda di  internet.
4) Pihak UMNO atau BN akan menyebarkan alamat email anda kepada cybertrooper BN dan melakukan serangan keatas pihak pembangkang.
5)  Mesej atau attachment anda akan disimpan dalam server tertentu, maka memudahkan pihak BN menyiasat gerak geri anda. Sekirannya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment akan dijadikan bahan bukti.
6) Segala confidential or sensitive information tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri. 
7) Inilah bagi peluang untuk pihak kerajaan memboroskankan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan agent untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak 50 juta ringgit, apakah baiknya wang sebanyak ini disumbang dalam menolong orang miskin?
Menggunakan email 1Malaysia dapat diupamakan bagai memasuki mulut harimau, menunggu masa untik dibaham. Kebahayaan dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang UMNO/BN. Jangan melanggan email 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda.



P/S: Kesimpulannya: Tepuk dada tanya selera..kalau nawaitu tu elok, baik le jadinya, kalau nawaitu kita untuk kerja dan menulis email yang tak berfaedah lalu di sebarkan, jadi tak elok le..betul tak? Balik2 nanti kerajaan juga yang di salahkan..huhuhuhu
Renung2kan dan selamat beramal..


With Love

Monday, April 18, 2011

Pemenang Misi 1000 'Bisikan Hati'

9:18 PM 4
Assalamualaikum wbt..

Misi 1000 Bisikan Hati akhirnya berjaya. Dan pemenangnya ialah:


Tahniah buat Papa Hero....
Nanti Lin akan hubungi anda ok..!
Terima kasih atas sokongan anda...:)


P/S: Ermm baru misi ke 1000..lepas ni misi yang ke 2000 pulak...


With Love

Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google

3:22 PM 11
Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google
Assalamualikum wbt..

Haa kowang blogger? dah ada Gmail? haaa kalau ada blog tapi takde Gmail, baik bertindak sekarang sekarang dan daftarlah cepat Gmail tu, kalau tidak nanti, sia2 je blog kowang kena DELETE!. Tup2 nak bukak blog kuar 'BLOG NOT FOUND'..haaa kes tercenggang kang! huhuhuhu
So renung2kan dan selamt beramal..hehehehe


Pengumuman Penting!

Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama. Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah punmengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini  Google mengumumkan  (buletin versi omputih) yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.


Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google. Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya.


Sumber dari Amanz Network





P/S: Lin mati2 ingat kalau nak mula2 bukak buat  blog mesti kena guna Google Gmail, rupanya ada jugak yang boleh buat blog guna Yahoo atau email lain ek? al-kisahnyaaaaa huhuhuhu kesian aku, nasib dah 3tahun guna Gmail ni..hehehehe


With Love

Sunday, April 17, 2011

Entri khas: Wajah 'Mat Gebu'.

9:35 PM 3
Entri khas: Wajah 'Mat Gebu'.
Assalamualaikum wbt...

Mesti semua tertanya2 dan tertunggu2 kan nak tengok wajah 'Mat Gebu' tu..ermm sapa yang taknak, semua nak tengok, saham mahal wooo, mana boleh main sembarang je nak publish, kang silap2 Lin kena saman wooo...
Tapi harini syhhhh kowang diam2 tau, Lin kasi publish ini wajah 'Mat Gebu' khas untuk kowang, kalau 'dia' tau, ada yang keras aku kang! tapi ingat, bila kowang dah nampak dan tengok tu, jangan salahkan Lin ok, kalau apa2 terjadi jangan ungkit2 nama Lin dan blog Lin ok! ingat tu! ini hak peribadi..huhuhuhu
OK jom scroll ke bawah..jeng jeng jeng...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaaaaaa inilah dia 'Mat Gebu' nya..


Kan dah kata Amat ni dah gebu dah...tengok pipi dia tu, dah macam mangkuk bakso dah...huhuhuhu


Dah kalah pipi Mak dia dah, montel dan GEBUlagi  pipi Amat kan...huhuhuhu

Hahahahahaha kowang gelak suspen eh? Marah? eh kenapa pulak? 
Oooo kowang ingat 'Mat Gebu' tu yek? hahahahahahaha. Silap kowang le, mana ada tulis link Cik Mat Gebu tu? Apa ingat nama tu Mat Gebu je sorang je ke? Hahahahaha Amat pun gebu gak tau! lalalala.




P/S: Biar je le Amat sorang yang gebu, jangan jadi 'Lin Gebu' dah ler..huhuhuhuhuhu

With Love

Pizza Cheesy Pops tak sedap!

3:32 PM 9
Pizza Cheesy Pops tak sedap!
Assalamualaikum wbt...

Memang plannya semalam tak kemana2, hanya sambut besday boy dengan kek aje, tapi rezki dia, hubby col dia masukkan duit suruh bawak anaknya tu pi makan Pizza, apalagi sukalah anak2 semua, walaupun kakak2 nya Amat tu dah kenyang makan nasi kat rumah tapi tetap juga layan adiknya tu makan pizza..
Lin bawak anak2 ke Jusco berdekatan aje, menu yang kita cuba iailah menu baru 'Cheesy Pops'. Kalau tengok gambo dia tu, perghh sedapnya ada udang dia atasnya, pastu cheese dia di celah2 roti tu menarik perhatian, so kita order try dulu ok!.
Erkkkk bila dah sampai dan cuba, masing2 diam, ermmm cheese dia tu lain benar rasanya, ermmm roti dia tu agak liat sikit, ermmm kenapa tak rapuh? hampeh! memang tak sedapppp...indah 'iklan' dari rasanya..huhuhu
Malas nak cakap banyak nak komen, nanti kowang try sendiri la yek, mungkin tekak kowang lain kot rasanya..huhuhu


*Amat makan banyak..4 keping!. Mak dia diet oke!


*Tekak kita anak beranak kata tak sedap, tekak kowang tak tahu le yek..huhuhu


*Tapiii licinnnnnnnnn...yelah takkan nak bazir pulak, kenalah habiskan juga...


*Habis makan Pizza, layan si bujang tu main game pulak kat atas Jusco tu, kakak2nya pun sama layannnnn.


*Alhamdulilah...Mereka gembira, Ibu pasti suka.... :)
Kalau ada Ayah, lagi bestkan!



P/S: Thankx juga kat mr.hubby sebab belanja kitaorang walaupun berjauhan nun di Paka,Trengganu sana menjalankan tugas dan tanggungjawabnya...


With Love

Kek PsP untuk Amat.

2:52 PM 2
Assalamualaikum wbt..

Yuhuuu ada ke sapa2 di sini? Maklumlahkan hujung minggu macam ni, semua duduk makan di luar, amik angin di luar juga ada yang tengah gathering2 kat luar..
Lin? Ermm kerja rumah banyak tetunggak, esok dah hari Isnin hari bersekolah, jadi memang kerja rumah tu banyak le nak kena di siapkan, mana nak gosok baju sekolah, cuci baju, cuci kasut, cuci segala cuci lah, senang cakap tak habis2 kerja rumah ni, betul tak? Anak2 yang buat tapi mulut kita ni tak henti2 membebel bila tengok diaorang buat tak siap2! huhuhuhu
Semalam pun besday anak Lin takde buat makan2, hanya sambut dengan sebijik kek je, Lin order dari Sweet Ummi Bakery, mintak Eyna buat kek 1kg design Psp kartun Naruto...hehehehe


*Inilah hasilnya..Amat suka, peberet xtvt waktu lapang dia, main PsP ler...hehehehe


*Hepi Belated Day Amat...:) suka tak? muahhhhh


*Tang ni yang gelak 1 rumah, dia tak suka di cium2 ke pegang2 ke, malu katanya dah besar, sebab tu semalam bila nak cium dia, mimik muka dia jadi macam tu..hahahahaha lawak betul tau!
Esok2 dah besar camne ek Amat? dengan awek pun malu gak ke? hahahahahah



P/S: Nanti sambung cerita makan pizza pulak yek..hehehehehhee


With Love

AF9: Eka tersingkir, 4 calon diperkenal!

9:25 AM 2
AF9: Eka tersingkir, 4 calon diperkenal!
Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu buat semua...
Mesti ada yang dah keluar jalan2, ada yang tengah bersarapan, dan ada juga yang masih lagi duk baring2 golek2 atas katil, huhuhuhu bestnyaaaa...
Lin pagi2 dah bangun, nak hantar anak tuisyen kejap lagi, pastu kang mengemas pulak, gosok baju sekolah anak, aishhh macam2 kerjalah kalau hari Ahad ni, nanti dah reda petang sikit baru le boleh keluar..
Mesti semalam kowang dah tengokkan Konsert AF9 ni? Lin tak tengok pun, keluar bawak besday boy jalan2 makan2 kat Jusco, ada kejutan ye semalam, ermmm takpelah tunggu aje le siaran ulangan..hahahahahahah
Apa2 pun kowang layan je le entry C&P ni dulu yek, free nanti baru Lin update cerita lain ok..Daaaaa


Image dan info terkini dari Akedemi Fantasia

Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 9 sememangnya memberikan kejutan yang besar apabila 2 kejutan diumumkan di awak konsert lagi. Operasi Gugur yang akan menyingkirkan seorang atau dua atau tiga atau berapa sahaja pelajar yang memberikan persembahan yang tidak mencapai piawaian. Manakala kejutan kedua pula adalah 4 calon baru yang diperkenalkan untuk mencabar 10 lagi pelajar yang tinggal setelah Eka diumumkan tersingkir malam ini.

Eka telah menyampaikan lagu I'm Sorry Goodbye dalam konsert malam ini. Sumpahan tajuk lagu ternyata sudah terkena Eka apabila mendapat undian SMS terendah malam ini. Menurut sumber, Eka telah membuat persembahan yang bagus dalam raptai yang diadakan semalam. Mungkin rasa gemuruh masih menguasai apabila persembahan Eka dikritik hebat oleh semua pengkritik.

Berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

1. Lena 16%
2. Erul 15%
3. Nera 14%
4. Raqib 11%
5. Aida 8%
6. Afif 7%
7. Azri 7%
8. Kay 6%
9. Amir 6%
10. Miza 6%
11. Eka 4%

Operasi Gugur hanya akan dijalankan dalam minggu yang ketiga. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Azlin Reza Azmi, Operasi Gugur ini hanya dilakukan sekali sahaja dan persembahan pelajar yang tidak melepasi pawaian akan disingkirkan. Menurutnya lagi, pengguguran mungkin melibatkan seorang, dua orang, tiga orang atau mungkin tiada pengguguran sekiranya kesemua 10 pelajar yang tinggal melakukan persembahan yang baik minggu hadapan. Manakala 4 calon yang diumumkan iaitu FIR, HANI, FINA dan HAZAMA akan diketahui keputusan mereka juga minggu hadapan.




P/S: Hurmm macam biasalahh aku undi ERUL:  Taip AFUNDI dan hantar ke 32999. hehehehe


With Love

Saturday, April 16, 2011

16 April: Besday Amat.

12:01 AM 6
16 April: Besday Amat.
Assalamualaikum wbt..

Harini 16 April adalah hari jadi satu2nya anak lelaki Lin iaitu Muhammad Ridzuan.
Pejam pelik pejam pelik sekejap je dah bujang anak Lin nie, 'potong' dah cuma belum 'basah' jek..hehehehehe..
Amat anak yang paling cool dalam 3 beradik, dialah selalu mengalah dan duduk tepi kalau kakak2nya bertekak ke atau berebutkan sesuatu, tapi dalam diam ada ubi, bila dah naik taring dia, macam2 yang dia mintak..huhuhuhu



~Hepi Besday 2 U~Hepi Besday 2 U~Hepi Besday 2 Amat~Hepi Besday 2 U~
'Mak doakan moga anak Mak menjadi anak yang bijak pandai, berjaya dalam segala bidang yang di ceburi, menjadi anak yang baik dan membanggakan ibu bapa juga keluarga, dan moga dipanjangkan umur, di murahkan rezki, di limpahkan rahmat dan hidayah kekal bahagia ceria hingga ke akhir hayat,Aminnn'




P/S: Amat ni ramai sangat peminat!..agaknya macam zaman Mak dia dolu2 kot!hahahahahhaha


With Love

Friday, April 15, 2011

Mengenali suami curang!

9:24 PM 0
Assalamualikum wbt..

Perghhh tajuk tak agak2 kan? hahahaha 
Opss sebelum apa2 nak jelaskan dulu di sini, entry untuk malam ni tiada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup atau pun yang mati, juga diri aku, kang silap2 macam2 spekulasi juga ada pulak yang terasa hati..hehehehe
Ini sekadar untuk berkongsi je, dah namanya tips jadi sharing is caring ok..Bagi kaum wanita juga isteri memang bagus sangat membacanya, bukannya apa sekdar renungan dan berjaga2 jek, yang suamai pulak kalau dah membacanya, agak2 ada kena 'batang hidung' sendiri tak? lalalalaalalalalalala


Image dari en.google..
Tip dari Intim.

Tips Untuk Mengenali Suami Curang


1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.


2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!


3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.


4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.


5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.


6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama ‘kekasih gelap’nya!


7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.


8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.


9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”


10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.




Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:


1. Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.


2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.


3. Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.” Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67). Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda.


4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.




P/S: Ya Allah kau kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga kami hingga ke akhir hayat..Aminnn


With Love