Breaking

Sunday, April 17, 2011

AF9: Eka tersingkir, 4 calon diperkenal!

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu buat semua...
Mesti ada yang dah keluar jalan2, ada yang tengah bersarapan, dan ada juga yang masih lagi duk baring2 golek2 atas katil, huhuhuhu bestnyaaaa...
Lin pagi2 dah bangun, nak hantar anak tuisyen kejap lagi, pastu kang mengemas pulak, gosok baju sekolah anak, aishhh macam2 kerjalah kalau hari Ahad ni, nanti dah reda petang sikit baru le boleh keluar..
Mesti semalam kowang dah tengokkan Konsert AF9 ni? Lin tak tengok pun, keluar bawak besday boy jalan2 makan2 kat Jusco, ada kejutan ye semalam, ermmm takpelah tunggu aje le siaran ulangan..hahahahahahah
Apa2 pun kowang layan je le entry C&P ni dulu yek, free nanti baru Lin update cerita lain ok..Daaaaa


Image dan info terkini dari Akedemi Fantasia

Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 9 sememangnya memberikan kejutan yang besar apabila 2 kejutan diumumkan di awak konsert lagi. Operasi Gugur yang akan menyingkirkan seorang atau dua atau tiga atau berapa sahaja pelajar yang memberikan persembahan yang tidak mencapai piawaian. Manakala kejutan kedua pula adalah 4 calon baru yang diperkenalkan untuk mencabar 10 lagi pelajar yang tinggal setelah Eka diumumkan tersingkir malam ini.

Eka telah menyampaikan lagu I'm Sorry Goodbye dalam konsert malam ini. Sumpahan tajuk lagu ternyata sudah terkena Eka apabila mendapat undian SMS terendah malam ini. Menurut sumber, Eka telah membuat persembahan yang bagus dalam raptai yang diadakan semalam. Mungkin rasa gemuruh masih menguasai apabila persembahan Eka dikritik hebat oleh semua pengkritik.

Berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

1. Lena 16%
2. Erul 15%
3. Nera 14%
4. Raqib 11%
5. Aida 8%
6. Afif 7%
7. Azri 7%
8. Kay 6%
9. Amir 6%
10. Miza 6%
11. Eka 4%

Operasi Gugur hanya akan dijalankan dalam minggu yang ketiga. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Azlin Reza Azmi, Operasi Gugur ini hanya dilakukan sekali sahaja dan persembahan pelajar yang tidak melepasi pawaian akan disingkirkan. Menurutnya lagi, pengguguran mungkin melibatkan seorang, dua orang, tiga orang atau mungkin tiada pengguguran sekiranya kesemua 10 pelajar yang tinggal melakukan persembahan yang baik minggu hadapan. Manakala 4 calon yang diumumkan iaitu FIR, HANI, FINA dan HAZAMA akan diketahui keputusan mereka juga minggu hadapan.




P/S: Hurmm macam biasalahh aku undi ERUL:  Taip AFUNDI dan hantar ke 32999. hehehehe


With Love

2 comments:

  1. Saya Vote Lena.. Hrp2 dia Juara AF9..

    ReplyDelete
  2. Anastasyea: Sis dr mula torai tu dah minat kat Erul tu...hehehehhe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..