Sunday, April 10, 2011

AF9: Laika pelajar pertama tersingkir.

Assalamualaikum wbt..

Minggu pertama konsert agak suram dan membosankan, mungkin belum panas dengan corak persembahan pelajar2 juga pengacara dan persembahan mereka, biasanya dah 3-4 minggu baru le hebat dan penuh dengan cabaran juga kritikan, buat masa ni suam2 kuku aje.
Tekaan pelajar mana yang noleh ke final pun belum boleh lagi di ramalkan, semua belum tunjuk taring masing2 tapi Lin suka dengan pelajar Erul & Afif tu..lalalalalala. Sapa2 yang nak minat tu jangan lupa mengundi yek!

.Undi pelajar pilihan anda! Taip AFUNDI dan hantar ke 32999. Undian pukal AFUNDI <3/5/10/20> juga hantarkan ke 32999.


Zulaikha Zahari atau dikenali sebagai Laika telah tersingkir di minggu pertama Akademi Fantasia 9 apabila mendapat undian terendah malam ini. Laika yang menyanyikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw telah mendapat pujian daripada pengkritik tetap dan jemputan, namun undian tidak menyebelahinya.

Dalam Konsert Akademi Fantasia Minggu Pertama ini, selain 12 pelajar membuat persembahan, Dina Nadzir dan Zizan Raja Lawak muncul menyanyikan lagu Selamat Tinggal. Beberapa artis lain juga muncul memberi kejutan seperti Iqram Dinzly, Enot dan pelakon Hantu Kak Limah.

Berikut adalah kedudukan peratus undian selepas ditutup:

1. Nera 16%
2. Erul 13%
3. Aida 13%
4. Raqib 11%
5. Lena 10%
6. Afif 9%
7. Amir 8%
8. Azri 5%
9. Miza 4%
10. Eka 4%
11. Kay 4%
12. Laika 4%

Sumber terkini dari Akademi Fantasia

P/S: Lagi asyik layan cerekarama 'Rintihan Kalbu' di tv3 semalam, cuma ending story dia tu macam tak best pulak kan?ermmmm

With Love

4 comments:

  1. Diyana: hehehe sis bertukar2 siaran..tgk cerekarama tv3 best!

    ReplyDelete
  2. ait dah ada penyingkiran yek....tapi memang macam tu...awal selalu tak best lagi..tunggu sampai minggu ke-6 or ke-5 baru rancak persaingan nyer

    ReplyDelete
  3. Ketulusan Hati: Minggu pertama mcm biasa le tak panass tapi tetap ada penyingkiran...
    Cuma undi utk Laika ni kurang, nak ikutkan bagus suara dia...

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com