AF9: Miza tersingkir, Amir dan Aida gugur.

4/24/2011 09:51:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Panassss dan hangat di Konsert ke-3 kali ni. Ermm Lin tak tengok pun tapi rata2 semua mengatakan minggu ni semuanya hampeh dan kalut budak2 AF9 ni, kenapa ye jadi macam tu? ermmmm
Lin pun tak boleh komen dan kritik banyak2, kang salah cakap salah komen ada pulak yang tak buat muka, bukannya kita tau sangat pasal bab2 seni nie, tapi kita pun tak bolehlah nak semuanya perfect, sebab mereka tu semua anak seni baru nak bermula dari ZERO(0), baru minggu ke-3 jadi memang lah susah nak terus mendadak jadi yang terbaik, betul tak? tapi kalau dah masuk gelanggang AF9 tu, budak2 tu kenalah terima apa yang di kritik dan dikomenkan, kena marah ke, kena puji bagus ke, tak bagus ke, semuanya kena terima seadanya..


Gambar dan info terkini di sini

Roshammizah Rosli atau Miza telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir selepas undian tidak memihak kepadanya. Miza yang berada di kedudukan terbawah di awal konsert terpaksa akur kepada keputusan pengundi yang mahu mengekalkan Miza di kedudukan tersebut. Miza adalah pelajar ketiga meninggalkan Akademi Fantasia setelah Laika dan Eka diumumkan tersingkir pada konsert pertama dan kedua.

Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketiga kali ini lebih bertumpu kepada Operasi Gugur yang kini sudah terjawab siapakah yang digugurkan dan siapakah yang diserap masuk ke dalam Akademi Fantasia. Kini segalanya telah terjawab apabila Aida dan Amir diumumkan digugurkan daripada Akademi Fantasia 9. 2 pelajar baharu juga telah diumumkan masuk ke dalam Akademi Fantasia 9 iaitu Fina dan Hazama. Fir dan Hani tidak terpilih menyertai Akademi Fantasia 9

Berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

1. Lena 17%
2. Erul 16%
3. Nera 10%
4. Amir 10%
5. Afif 9%
6. Raqib 9%
7. Kay 8%
8. Aida 8%
9. Azri 8%
10. Miza 5%

Kedudukan ini adalah sebelum Amir dan Aida diumumkan sebagai pelajar yang digugurkan. Dengan ini juga diumumkan bahawa talian undian pelajar baharu iaiti FINA dan HAZAMA sudah diaktifkan. Anda boleh mengundi dengan menggunakan nama seperti yang dimaklumkan. Taip AFUNDI FINA / HAZAMA dan hantar ke 32999.
Kini 9 pelajar termasuk pelajar baharu kekal dalam Akademi Fantasia 9 bersaing Menuju Puncak! 



P/S: Heheheh Afundi ERUL..lalalalalala


With Love

You Might Also Like

4 Comments

  1. sis lin

    tu dia... memang terbaiklah syer entry ttg peserta AF..
    ayu mmg tak dapat ikuti..
    kak ERUL tu sure hensem????
    hahahhaha.. gurau

    ReplyDelete
  2. Ayu: ye Ayu..
    sis dr af 1-8 ikut tp Af 9 ni ada kurengg sikit..
    mungkin aura belum naik kot..hehehehhe

    Erul? encem + bakat! hehehehhehe

    ReplyDelete
  3. sy pon br stat tgk konsert ke 3...smlm pegi midvalley,tetiba msk butik NOSE,nkmpk itu Amir n Aida lah...cute mute jerk diorang tueh...

    *yg br msk tue,Fina suara cam power gak ms nyanyi lagu Jac...hope dia dpt menyerikan balik AF9... :)

    ReplyDelete
  4. Fafau: Untungnya dia duduk KL dpt tgk live huhuhuhu

    *kalau sis tu mau hr2 gi bilik kaca tu..hehehhe
    Sis suke dan rasa Erul/Afif afda kemampuan utk ke final..
    kita tggu dan lihat oke... :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com