Monday, April 04, 2011

Pantun lawak sekerat.

Assalamualaikum wbt...

Panassssnya lah malam ni kan? cuaca bahang semacam, sekejap hujan, sekejap panas, sekejap mendung, jadinya suhu badan kita ni pun tak seimbang dibuatnya, huhuhuhu
Dalam duduk menDELETE dan memBLOCK frenlist kat Facebook Lin tu, sambil jugak cari idea nak update blog ni, tengah ada idea ni, jom le kita layan Pantun Lawak ala2 'poyo' ni yek, slurpppp sambil hirup air longan...hehehehehe


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading,
udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail ( beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak lantak kau le

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah



P/S: Panas2 ni dapat makan es kacang ke, cendol ke, cedappp ni kan kan kan..huhuhuhu


With Love
This entry was posted in

4 comments:

  1. ni bukan pantun la kak.. ni peribahasa.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. =0): heheheh oo tak sama eh???kekekekke

    ReplyDelete
  3. 'pantun @ peribahasa'?!!
    ape2 aje le der kui3 :D
    yg penting mokcik sukerrr :)

    ReplyDelete
  4. Oh Oeya: hahaha...kan kan...
    jnji mok cik senyummmmmmm ^_____^

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com