Sunday, May 08, 2011

AF9: Afif pula tersingkir.

Assalamualaikum wbt...

Huhuhu tak ku sangka Afif yang tersingkir, aku tahu silap aku sebab semalam tak tengok dan tak undi pongggg! hahahaha...Sebabnya semalam pegi rumah Mak, Pak Ngah datang pastu duduk layan cerekarama 'Dosa Siapa'. Tak rugi pun tak tengok AF9 konsert ke 5 semalam, sebab cerekarama semalam memang best sangat! Ada yang tengok tak????..
Tapi walaupun Lin tak tengok, tetap Lin updatekan info terkini buat tatapan peminat2 AF9 nie..ok..
Macam biasala C&P dari Akademi Fantasia..


Selepas 6 konsert termasuk konsert tirai diadakan, AFIF atau Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie menjadi pelajar yang seterusnya meninggalkan Akademi Fantasia 9 selepas Raqib tersingkir minggu lalu. Afif yang berusia 25 tahun, berasal dari Selangor diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir selepas mendapat undian paling rendah malam ini. Afif telah menyanyikan lagu Malam yang pernah dinyanyikan oleh M. Nasir dan Pengetua Amy.

Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kelima malam ini telah menjemput bekas pengkritik tetap dalam Akademi Fantasia musim ke-7 iaitu Edrie Hashim. Berdasarkan komen-komen daripada pengkritik tetap dan jemputan, kebanyakan pelajar telah mempamerkan persembahan yang baik dan rata-rata pelajar mendapat pujian untuk persembahan mereka.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 31%
2. Fina - 12%
3. Lena - 12%
4. Azri - 10%
5. Erul - 10%
6. Nera - 9%
7. Kay - 8%
8. Afif - 8%

Kini hanya tinggal 7 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengecar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9



P/S: Hurmmm tak berapa berkenan dengan Hazama tu..tapiiiiiiiiii 'lu fikirlah sendiri'....

With Love

4 comments:

  1. uh, ikut eh AF? cik tikah kat U. x de astro. x leh tgok. hehe..

    |CIK TIKAH|

    ReplyDelete
  2. Areteacar: Ala Sis ikut2 mana yg sempat..pastu tgk ulangan kat website AF juga Astro..hehehehe
    *jgn tidak owang kata...

    ReplyDelete
  3. huhu..tapi suke afif..merendah diri sangat...tak terlebih ..cdeh

    ReplyDelete
  4. Peachippo: a'ah sama dgn sis tp mmg x sangka dia terkeluar...huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..