Breaking

Sunday, May 15, 2011

AF9: KAY tersingkir, IMUNITI diperkenal!

Assalamualaikum wbt..

Alahai tinggal lagi beberapa minggu saja lagi untuk melangkah ke Konsert Akhir buat yang terakhir bagi Akademi Fantasia ni. Tapi belum lagi betul2 Lin enjoy dengan konsert dan AF kali ni, ntah ye kenapa, macam tak menyengat pulak, ermmm kalau tak kerana Pak Nil tu rasanya tak tengok jugak kot..he he he.
Yang nampak bakal juara rasanya dah ada, tapi semuanya mungkin akan berubah dan akan menjadi kejutan nanti, kita tunggu dan lihat aje la yek..
Tapi yang bestnya semalam, Lin tak rugi pun tak menonton konsert AF9 tu, sebab melayan Cerekarama TV3 'Sejadah Kaabah' yang sedih dan penuh maksud mendalam, membuatkan jiwa seorang perempuan tersentuh...huhuhuhu *mengalir air mata melihatnya*...:((
Kowang ada yang tengok tak?


Info dan sumber dari Akademi Fantasia

Adik kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Diddy iaitu Kay atau Nur Khaidir B. Muhid telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Keenam selepas mendapat undian SMS paling rendah malam ini. Kay telah menyampaikan lagu Bahasa Inggeris yang popular iaitu Stand By Me. Kay adalah pelajar keenam meninggalkan Akademi Fantasia mengikut jejak langkah Afif yang tersingkir minggu lepas.

Kejutan yang dinanti-nantikan sejak bermula konsert telah diumumkan selepas Kay tersingkir ialah Sistem Imuniti atau Kekebalan yang diberikan kepada pelajar yang membuat persembahan terbaik dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh akan datang. Pelajar ini akan terselamat daripada disingkirkan meskipun undian tidak menyebelahi mereka. Perincian Sistem Imuniti ini akan dimaklumkan sepanjang minggu dalam Diari AF9.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian SMS ditutup:

1. Hazama - 21%
2. Fina - 15%
3. Lena - 14%
4. Nera - 13%
5. Erul - 13%
6. Azri - 12%
7. Kay - 11%

Kini hanya tinggal 6 lagi pelajar Akademi Fantasia 9 berusaha mengejar cita-cita menuju puncak merebut gelaran Juara Akademi Fantasia 9. 



P/S: Minggu yang agak bizi sedikit untuk Lin...macam2 hal dan perasaan datang bermain dalam fikiran..huhuhuhu


With Love

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..