Thursday, May 26, 2011

Beza air mazi, air mani dan air wadi untuk wanita

Assalamualaikum wbt...

Ada persoalan dan pertanyaan seorang kawan kepada Lin tentang hadas besar. Nak jawab lebih tidak arif sangat, ikut apa yang tahu saja, tapi Lin cuba untuk cari apa beza antara ketiga2 Air yang di maksudkan oleh kawan Lin tu..
Info di petik dari Sri Kasih



Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.
Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.


Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).


Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

*Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

*Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.




P/S: Hehehe kawan Lin tu dah dekat nak kahwin, jadi dia konfius dengan hadas besar, apa yang dapat di kongsi, Lin kongsi bersama, untuk diri sendiri juga kowang semua..:)


With Love

4 comments:

  1. kalau keputihan tu tergolong dalam kumpulan mana pulak?

    ReplyDelete
  2. Drunbella: Kalau keputihan itu tergolong dalam penyakit dan tidak perlu berhadas....:)

    ReplyDelete
  3. thanx sis lin.. hoho u just save my life.. b4 this asyik confuse ja... tq!

    ReplyDelete
  4. Didalavida: Sama2 Dida..sharing is caring.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..