Sunday, May 22, 2011

Gambar kenangan anak-anak yatim Al-Takwa sebelum kejadian tanah runtuh 21hb Mei 2011.

Assalamulaikum wbt..

Sebak sedih juga terharu melihat gambar ini..Kejadian yang berlaku amat menyedihkan.
Mungkin ALLAH swt lebih menyayangi mereka, moga arwah-arwah mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aminnnnn

Sinopsis disebalik kejadian: Sumber dari Kosmo Online

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu(semalam), seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.
Ketika kejadian, seramai 24 penghuni sempat melarikan diri manakala 25 yang lain termasuk lima penjaga dilaporkan hilang. Kesemua penghuni yang terperangkap berusia antara tujuh hingga 17 tahun. Runtuhan tanah itu dikatakan menimbus keseluruhan dewan makan yang terletak di bawah bukit tersebut. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

Gambar dari seorang rakan FB..

Amin Ya rabbal alamin..
Kau yang maha besar..kau yang maha kuasa dan kau juga maha mengampuni..
Salam takziah buat semua keluarga mangsa dari Bisikan Hati..



P/S: Sebak melihat gambar mereka...'senyuman mu membawa ke syurga'...


With Love

6 comments:

  1. salam takziah. Al Fatiha...

    ReplyDelete
  2. sayu terasa bile melihat gmbr tu..

    ReplyDelete
  3. sgt bersimpati..mungkin de hikmah disebaliknya..sama2 la kta sedekahkan al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. Erienz & Nad & Emi: Al-Fatihah..Aminnnn

    Moga roh mereka di cucuri rahmat olehNya...Aminnn

    ReplyDelete
  5. Ya Allah sedihnya.... pilu dan sebak rasa hati.... Al Fateha.

    ReplyDelete
  6. Mak Pah: tengok video pengkebumiannya sampai menitis airmata hiba..huhuhu sedih sangat2....

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com