Breaking

Tuesday, May 31, 2011

Karak lalauan berpuaka..

Assalamualaikum wbt..

KARAK....Kowang dah tengok? Ermm ntah le, ramai sangat yang kata citenya seram dan best, jadi Lin pun teruja gak nak tengok, malas nak pergi jauh, nasib baik kat Perling Mall area rumah Lin tu ada, murah pun murah, tak kira le tempat duduk keras ke, panggung kecik ke,  janji citenya sama jek..hehehehe
Lepas aje kenduri kahwin sepupu Lin tu, kitaorang terus je ke Perling Mall, ingat nak tengok yang awal, ta[pi tak sempat, so kitaorang amik tiket jam 8pm, dan terus balik rumah dulu, mandi dan solat tukar baju, lepas magribh tu baru keluar balik..:)



Yana dengan Amat, sebelum menunggu Ayah dia datang beli tiket, sempat lagi tu berurut segala hahahaha


Sabo sabo ye Amat, lama lagi tu baru nak main wayang...hehehe Amat dah tak sabar nak nengok Transformer3D tu...

Sinopsis KARAK..

Filem Karak arahan Yusry Abd Halim (Yusry KRU) menghimpunkan kisah seram dan hantu ‘urban legend’ menarik pada era 80-an, 90-an dan tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ketika itu.
Filem Karak juga berdasarkan kisah benar yang dialami oleh abang Yusry iaitu Norman yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.




P/S: Secara jujurnya komen Lin: Mula2 agak mengejutkan ceritanya, lama2 boleh jadi mengantukkkk!


With Love

1 comment:

  1. Karak... kalau karok dalam dailek kelantan bermaksud obor. Kalau korok pulak bermaksud tengkorak. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..