Breaking

Monday, May 23, 2011

Menu: Bubur express

Assalamualaikum wbt...

Tiba pagi je mulalah membongkar dapor, bukak tutup peti ais le gayanya, apalagi nak cari bahan untuk masak tengah hari, pening kepala otak tau!..
Harini memang dah terlintas dan melintas dalam kepala ni nak masak bubur, sebab bahan2nya sedia ada, tapi ikan bilis pulak takde stok, kacang tanah lagi ler, semuanya takde..adeiiii..
Nak masak ikan, tapi tak ready bahan pulak, nak masak ayam pun sama, bahan tak cukup, aduiiiiiiiiiii peninggggg!
Last2 yang ada dalam peti ais, sayur kangkung, ikan masin sebotol, telur asin memang ada 2 bijik, bawang goreng ada saki baki kelmarin punya masak mee sup, lobak asin pun memang ada stok, dan akhirnya menu bubur jugalah yang jadi pilihan...:)


Bahan:
Bubur nasi Lin masak 2 pot.
Telur asin 2bijik.
Ikan masin tenggiri (bacin) 4 ekor.
Lobak asin cincang.
Bawang goreng.
Sambal kering cili rangup (yg ni memang Lin beli sebotol simpan dalam peti ais)
Kangkung goreng belacan.
Lada putih/ lada hitam (ikut sukalah)

Biasa le, hujung2 nak menanti bulan penuh ni, bahan masak banyak kehabisan, tunggu le hujung bulan baru sekali belanja..hehehe janji dapat masak, makan kenyang...betul tak?
Menu express macam ni lagi sedap tau!..


P/S: Bubur tu waktu nak mendidih Lin tambah dengan kiub stok ayam, sedappplahhhhhh! rasanya lain! Amat makan 4 mangkuk, kowang caya tak???? huhuhuhu


With Love

2 comments:

  1. Joe: Ok..Lin dah summit dan bt entry dah http://linmdnoor.blogspot.com/2011/05/ibukau-ratu-hati-ku.htm

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..