Wednesday, May 04, 2011

Pelancaran FAMEkids.

Assalamualaikum wbt..

Sharing is Caring...
Dari sana sini membaca info ini, jadi Bisikan Hati juga tak lepaskan peluang untuk sama2 sebarkan juga 'an Invitation to Anniversary Day FAMEkids'. Terbuka untuk semua, terutama mereka yang mempunyai anak2 istimewa (OKU). Jika berminat jangan lepaskan peluang ini ya..
Renung2kan dan selamat beramal...
C&P dari blog Cik Mat Gebu aje..:)


Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.


Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong
Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.

Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta. Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/ 




P/S: At least tak dapat join pun, dapat berkongsi info di sini dah kira satu pahala amal la kan...:)


With Love

No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com